Permit masuk palsu: Empat warga Filipina dipenjara lebih 96 tahun
Published on: Wednesday, May 24, 2023
By: Cynthia D Baga
Rusmi yang mempunyai 24 pertuduhan memiliki permit masuk palsu itu dipenjara dua tahun bagi pertuduhan pertama hingga lapan, dan tiga tahun bagi setiap pertuduhan selebihnya, dengan penjara enam bulan lagi kerana memasuki negeri ini secara haram.
Kota Kinabalu: Empat warga Filipina dipenjara sejumlah 96 tahun enam bulan kerana memiliki permit masuk palsu, bersubahat memiliki dokumen palsu itu dan kemasukan haram.Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap pemegang MyPR Nurma Hasan, 59, Rusmi Ramli, 43, Abang Barin, 50, dan Rajul Musim, 23, yang mengekalkan pengakuan bersalah mereka apabila kes mereka dikemukakan di mahkamah untuk fakta dan hukuman.ADVERTISEMENT
Rusmi yang mempunyai 24 pertuduhan memiliki permit masuk palsu itu dipenjara dua tahun bagi pertuduhan pertama hingga lapan, dan tiga tahun bagi setiap pertuduhan selebihnya, dengan penjara enam bulan lagi kerana memasuki negeri ini secara haram.
Mahkamah memerintahkan Rusmi menjalani semua hukuman penjara kerana memiliki dokumen palsu itu secara serentak tetapi berturut-turut dengan hukuman kemasukan haram. Bermakna, dia hanya menjalani tempoh hukuman penjara tiga tahun enam bulan.
Bagi Nurma yang mempunyai 27 pertuduhan kerana bersubahat dengan Rusmi, Abang dan Rajul untuk memiliki 27 permit masuk palsu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun bagi setiap pertuduhan dan semua hukuman berjalan serentak mulai tarikh remannya pada 18 Mei tahun ini.
Abang dan Rajul masing-masing dipenjara dua tahun kerana memiliki permit masuk palsu dan penjara enam bulan lagi kerana kemasukan haram. Kedua-dua mereka diperintahkan menjalani hukuman penjara itu secara berturut-turut, bermakna mereka dipenjara selama dua tahun enam bulan setiap seorang.ADVERTISEMENT
Antara permit masuk palsu adalah di bawah nama Ferwina Jalil, Nurarrasina Junny, Adjlan Rastala, Jamal Joe, Norysamira reyan, Alsaid Abdullah, Jinita Umar, Arasid Abdullah, Mazlan Abdullah, Neneng Abdullah, Shelmalyn Abdullah, Nur Baiti Manner, Mohd Faizal Musli, Hakim Hassan, Oben Muis, Roslin Husin, Muhammad Aslon Laxson, Asah Abdullah, Nurmalin Taril, Noraziza Laxson, Alsina Laxon, Rosalinda Husin dan Aisyah Abdullah.
Empat tertuduh didapati memiliki dokumen palsu itu pada 10.35 malam 29 dan 30 Mac tahun ini di sebuah rumah di Kg Sembulan Lama, di sini.
ADVERTISEMENT
Kesalahan di bawah Seksyen 56 (1) (I) Akta Imigresen itu, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 56 (1) (aa) Akta sama, memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.
Selepas hukuman penjara mereka selesai, Rusmi, Abang dan Rajul diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Nur Syhada dari Jabatan Imigresen, sementara peguam Luke Ressa Balang mewakili Nurma secara pro-bono, manakala tiga lagi tertuduh tidak diwakili.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.