Tue, 30 May 2023

HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Lindungi bahasa ibunda melalui penceritaan: Jeffery
Published on: Friday, May 26, 2023
By: Johan Aziz
Text Size:

Lindungi bahasa ibunda melalui penceritaan: Jeffery
Jeffrey berkata keunikan Sabah bukan sahaja dalam kepelbagaian budaya tetapi juga bahasa yang menarik - Foto FMT
Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menyeru rakyat Sabah, khususnya masyarakat KadazanDusun, Murut dan Rungus (KDMR) supaya mengekalkan dan memelihara bahasa ibunda mereka melalui penceritaan.

“Kita telah mendengar cerita penuh makna daripada nenek moyang kita ... sekarang setelah orang tua kita tiada, kita perlu meneruskan legasi ini,” katanya.

Sokongan kerajaan negeri bukan sahaja terhadap masyarakat KDMR tetapi juga semua kumpulan etnik di Sabah yang mempunyai hak serupa untuk mengekal, mengajar dan memelihara bahasa mereka.

Berucap pada majlis penutup pertandingan akhir Manangon dan Monusuyan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri yang berlangsung di Hongkod Koisaan Penampang, di sini, beliau berkata semakin banyak bahasa yang diketahui, semakin banyak ilmu yang boleh diperolehi.

Jeffrey berkata keunikan Sabah bukan sahaja dalam kepelbagaian budaya tetapi juga bahasa yang menarik pelancong.

Mengenai pertandingan itu, beliau berkata penglibatan pelajar sekolah membolehkan mereka mempelajari “manangon” atau bercerita, dan makna “tangon-tangon”.

Jeffrey berkata “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, bermaksud lebih baik mengajar bahasa etnik dari usia muda supaya bahasa ibunda dapat terus berkembang.

Jeffrey, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Kaamatan Peringkat Negeri, berkata adalah penting untuk menyampaikan bahasa dan pengetahuan kepada generasi hari ini dan akan datang.

Beliau turut menggalakkan penyertaan semua lapisan masyarakat dalam acara dan aktiviti Pesta Kaamatan Negeri.

Anora Soletin muncul juara dalam kategori Tahap 1 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, trofi, sijil dan jambangan bunga manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Noel Nathan Marcelius dan Videlvie Handry, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM800 dan RM500, piala, sijil dan jambangan bunga.

Sementara itu, Audreyclaire Whtiney Handro muncul juara bagi kategori Tahap 2 dan menerima hadiah wang tunai RM1,000, trofi, sijil dan jambangan bunga.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi Juleegna Daved dan Edward Kubot, yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM800 dan RM500, trofi, sijil dan jambangan bunga.

Hadiah disampaikan oleh Jeffrey.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT


Advertisement 







Berita Popular


Follow Us  




Follow us on            

Daily Express TV