Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


OKU kudung tangan antara 2 lelaki didakwa edar heroin 21kg di Perak
Published on: Friday, May 26, 2023
By: FMT
Text Size:

OKU kudung tangan antara 2 lelaki didakwa edar heroin 21kg di Perak
OKU kudung tangan kiri, S Genesan dan RR Pirapagaran dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan mengedar lebih 21kg heroin hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Dua lelaki, termasuk orang kurang upaya (OKU) kudung tangan kiri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan mengedar lebih 21kg heroin minggu lalu.

OKU itu, S Genesan dan RR Pirapagaran yang kedua-duanya berusia 39 tahun, didakwa secara bersama mengedar heroin dengan anggaran berat kasar 21,069g di 2A, Jalan Jelapang Bayu 6, Puncak Jelapang di Ipoh kira-kira 9 malam 16 Mei lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, maka hendaklah dihukum tidak kurang 15 kali sebatan.

Harian Metro melaporkan tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di depan Majistret Jesseca Daimis kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan semula kes.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here