Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Geopark Negara Kinabalu diisytihar taman global: Sabah capai ‘Triple Crown’ Unesco
Published on: Saturday, May 27, 2023
Text Size:

Geopark Negara Kinabalu diisytihar taman global: Sabah capai ‘Triple Crown’ Unesco
Hajiji berkata Geopark Global Unesco Kinabalu meliputi kawasan seluas 4,750 kilometer persegi, kini secara rasminya merupakan destinasi Geopelancongan Global, yang menambah nilai penting kepada produk eko-pelancongan sedia ada di Sabah.
Kota Kinabalu: Sabah kini merupakan yang ketiga di dunia memiliki “Triple Crown” Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), berikutan pengisytiharan Geopark Negara Kinabalu sebagai The Kinabalu Unesco Global Geopark.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang membuat pengumuman itu pada Jumaat, berkata Sabah kini sebaris dengan Pulau Jeju di Korea Selatan dan Shennongjia di China, yang memiliki tiga tapak warisan Unesco.

Keputusan itu dibuat oleh Lembaga Eksekutif Unesco di Paris pada 24 Mei lepas.

Dua lagi “crown” Unesco di Taman Kinabalu Sabah ialah Tapak Warisan Dunia, dan Rizab Biosfera Banjaran Crocker Unesco, yang masing-masing diisytiharkan pada 2 Dis 2000 dan 12 Jun 2014.

“Ini adalah satu pencapaian yang baik bagi Kerajaan Negeri di bawah inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, serta Taman-Taman Sabah,” kata Hajiji dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata Geopark Global Unesco Kinabalu meliputi kawasan seluas 4,750 kilometer persegi, kini secara rasminya merupakan destinasi Geopelancongan Global, yang menambah nilai penting kepada produk eko-pelancongan sedia ada di Sabah.

“Geopark memiliki banyak tumbuhan dan haiwan endemik, termasuk 90 spesies orkid yang hanya terdapat di Gunung Kinabalu. Ini termasuk burung ayam hutan berkepala merah yang tidak ditemui di tempat lain di muka bumi ini.

“..ini pastinya akan membawa manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada sosio-ekonomi Sabah, khususnya kepada lebih 290,000 masyarakat tempatan di daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Ranau,” katanya.

Dengan pengisytiharan Geopark Negara Kinabalu sebagai Geopark Global Unesco, kini terdapat 195 taman geopark di dunia yang terletak di 48 negara.

Label Geopark Global Unesco mengiktiraf warisan geologi yang mempunyai kepentingan antarabangsa dan geopark memberi perkhidmatan kepada masyarakat tempatan dengan menggabungkan pemuliharaan warisan geologi penting mereka dengan outreach awam, di samping pendekatan yang mampan untuk pembangunan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here