Wed, 17 Apr 2024

HEADLINES :


10 kedai alat elektrik terima notis
Published on: Sunday, May 28, 2023
By: Jonathan Nicholas dan Evander Ethan Leonard
Text Size:

10 kedai alat elektrik terima notis
ZAKUAN menunjukkan label pelekat rating tenaga.
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Tenaga (ST) menyerahkan 10 notis kepada kedai peralatan elektrik di Karamunsing di sini, Jumaat, semasa jelajah seluruh negara bagi menguatkuasakan label diperakui Sirim-ST.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Operasi Kawasan ST, Md Zakuan Ibrahim berkata, beberapa kedai didapati menjual peralatan elektrik tanpa label yang disahkan manakala sebahagiannya sewenang-wenangnya menampal label penarafan tenaga pada peralatan.

“Orang ramai sentiasa diingatkan untuk membeli peralatan elektrik yang diperakui SIRIM-ST bagi menjamin keselamatan kerana Institut Penyelidikan Standard dan Perindustrian Malaysia (Sirim) mengikut piawaian Suruhanjaya Elektro-teknikal Antarabangsa,” katanya.

Sehingga kini, ST mengawal selia 34 kategori peralatan elektrik domestik di mana sembilan peralatan elektrik memerlukan Standard Prestasi Tenaga Minimum (MEPS) sebelum permohonan Sijil Kelulusan (COA) dikeluarkan untuk pembuatan atau import.

Peralatan elektrik itu ialah penghawa dingin, kipas, peti sejuk, televisyen, lampu, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi dan peti sejuk beku.

“Perkakas dengan label Sirim-ST dengan penarafan cekap tenaga lima bintang memastikan penjimatan maksimum dalam penggunaan elektrik dan boleh menjimatkan bil elektrik pengguna,” katanya, sambil menambah produk yang tidak diperakui Sirim berpotensi menyebabkan kebakaran.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here