Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Sabah perlu wujud Lembaga Minyak Sawit Negeri
Published on: Sunday, May 28, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Sabah perlu wujud Lembaga Minyak Sawit Negeri
Adun Elopura, Calvin Chong menggesa Kerajaan Negeri mewujudkan Lembaga Minyak Sawit Sabah (SPOB) sebagai medium menghubungkan syarikat kerajaan dan swasta bagi membuka peluang kepada peladang kecil dan peladang asal membangunkan lagi industri peladangan di negeri ini. - gambar wikipedia
SANDAKAN: Adun Elopura, Calvin Chong menggesa Kerajaan Negeri mewujudkan Lembaga Minyak Sawit Sabah (SPOB) sebagai medium menghubungkan syarikat kerajaan dan swasta bagi membuka peluang kepada peladang kecil dan peladang asal membangunkan lagi industri peladangan di negeri ini.

“Sabah berhadapan masalah kekurangan tenaga kerja hampir 20 tahun. Sekiranya kerajaan negeri masih lagi bergantung kepada tenaga buruh asing, bagaimana dengan nasib rakyat negeri ini? Lebih baik kerajaan negeri memberi fokus bagi mewujudkan alternatif memajukan industri peladangan dan memanfaatkan peladang tempatan sekali gus meminumkan masalah pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan,” tambah Calvin.

Mengenai cukai 7.5 peratus yang dikenakan kepada setiap peladang, Calvin tidak bermaksud untuk membantahnya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here