Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia gesa wujud usahasama eksport sumber ikan Sabah ke semenanjung
Published on: Monday, May 29, 2023
Text Size:

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia gesa wujud usahasama eksport sumber ikan Sabah ke semenanjung
Muhammad Faiz menyaksikan penyerahan Wakalah Zakat Perniagaan dan Sumbangan Perniagaan 2022 daripada Ahli Lembaga Pengarah NEKMAT Datuk Mohd Dol Mat kepada Arsit pada majlis itu.
Kota Kinabalu: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mahu satu usahasama diwujudkan di antara Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dengan Persatuan Nelayan Negeri Sabah (Pengasah) bagi mengeksport sumber ikan negeri ini ke Semenanjung Malaysia.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata, Sabah kaya dengan sumber ikan dan ia wajar dikongsikan bersama dengan Semenanjung Malaysia.

“Usaha itu mampu menstabilkan harga ikan di Semenanjung Malaysia.

“Sebelum ini usaha mengeksport bekalan ikan dari Sandakan ke Semenanjung Malaysia pernah diwujudkan. Kita akan melihat semula pendekatan ini,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-26 Pengasah di Hotel Klagan, di sini, Ahad.

Beliau berkata, usaha itu juga akan membolehkan ahli Pengasah untuk menerima limpahan pendapatan daripada hasil tangkapan ikan. Pada masa yang sama katanya, LKIM akan mempertimbangkan permohonan Pengasah yang mahu Nekmat untuk membina kilang membekal ais di Sabah.

“Kita juga akan melihat kepada permohonan Pengasah yang meminta LKIM untuk membina perumahan, memperbaiki rumah kepada ahli persatuan. Kita akan mengambil perhatian berdasarkan kemampuan kewangan LKIM,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pengasah Datuk Dr Arsit Sedi berkata, pihaknya memohon agar dibenarkan mewujudkan satu anak syarikat bagi membolehkan persatuan itu menerima pelaburan khususnya dari China.

Selain itu katanya, ahli Pengasah juga memohon agar LKIM dapat meningkatkan jumlah elaun sara hidup serta memperkasakan insuran hayat.

“Kita juga memohon agar pengangkutan minyak untuk kegunaan nelayan kita akan diuruskan sendiri Pengasah.

“Usaha ini juga boleh membantu persatuan itu menjana pendapatan sekali gus memanfaatkan para ahli-ahli,” katanya.  

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here