Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Vaksin pneumokokal diperluas kepada kanak-kanak 4 dan 5 tahun
Published on: Wednesday, May 31, 2023
By: Bernama
Text Size:

Vaksin pneumokokal diperluas kepada kanak-kanak 4 dan 5 tahun
KKM menyasarkan 70% daripada sejuta kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019 diberikan vaksin pneumokokal dalam tempoh setahun, kata Dr Zaliha Mustafa.
PUTRAJAYA: Bermula esok hingga 31 Mei tahun depan, kanak-kanak berusia empat dan lima tahun boleh mendapatkan imunisasi pneumokokal secara percuma di semua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, ini ialah program peluasan imunisasi pneumokokal, memandangkan sebelum ini, kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019 tidak termasuk dalam kumpulan sasaran bawah Program Imunisasi Kebangsaan.

Dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2023 hari ini, Zaliha berkata, kanak-kanak berusia empat dan lima tahun akan diberikan satu dos vaksin, berbanding bayi yang diberikan sebanyak tiga dos pada usia empat bulan, enam bulan dan 15 bulan.

“Ibu bapa atau penjaga yang ingin mendapatkan vaksin pneumokokal untuk anak boleh datang terus ke klinik-klinik kesihatan dan desa di seluruh negara atau membuat janji temu di aplikasi MySejahtera,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here