Lembaran baharu dalam arena sukan Sabah
Published on: Thursday, June 01, 2023
By: GL Oh
(DARI kiri) Cecilia, Angela, Ahmad Wazir, Jeff dan salah seorang pegawai pada majlis penyerahan tersebut.
Kota Kinabalu: Sabah Touch Festival 2023 (STF ‘23) yang julung kali dianjurkan oleh Persatuan Sukan Touch Negeri Sabah (FITAS), yang dijadualkan pada 2-4 Jun di Padang C Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan penyertaan 16 pasukan, bakal membuka lembaran baharu dalam arena sukan Sabah.
Idea memperkenalkan bola sepak sentuh atau lebih dikenali sebagai touch, permainan berasaskan ragbi, kepada masyarakat Sabah dicetuskan oleh Presiden FITAS, Dr Ahmad Wazir Aiman.
ADVERTISEMENT Menurut beliau, persatuan itu ditubuhkan pada Disember 2022 untuk mempromosikan permainan itu dan mengesahkan secara rasmi penyertaan Sabah dalam pertandingan peringkat kebangsaan serta mencungkil bakat mentah.
Ahmad Wazir, yang merupakan satu-satunya warga Sabah yang dipilih mewakili Malaysia pada Piala Dunia Touch 2024 di Nottingham, England berkata, festival itu akan dimulakan dengan Kursus Pengadilan FIT Tahap 1 pada hari pertama diikuti dengan kejohanan dua hari itu.
“Matlamat kursus pengadil itu adalah untuk mewujudkan kumpulan pengadil tempatan yang terlatih dan cekap untuk menyokong pertumbuhan sukan itu.
“Tanpa pengadil yang cekap, kejohanan tidak dapat berlangsung dengan lancar dan ia akan membantutkan pertumbuhan sukan itu,” katanya semasa majlis penyerahan barangan daripada penaja utama Lea Sports Center (LSC) di One-Borneo Mall di sini pada Isnin.
ADVERTISEMENT Tambahnya, kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam mengadakan kejohanan itu adalah untuk melengkapkan program akademik mereka dalam pengurusan acara sukan serta menyokong inisiatif pelancongan kampus mereka.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada LSC dengan kerjasama No Fear dalam membekalkan pingat, trofi, sepanduk dan bahan promosi, serta kepada Synergist Phsyiotherapy, Tritonic, Atlas Edible Ice, Eureka, Trusted Sharks dan Sabasco atas sokongan dan sumbangan mereka.
ADVERTISEMENT
Sementara itu, Jeff Lu mewakili pengarah urusan LSC Raymond Sim pada majlis itu berkata penglibatan syarikat dalam acara itu menunjukkan semangat dan sokongan tidak berbelah bahagi mereka untuk pertumbuhan semua sukan di Malaysia, termasuk touch.
“Kami mempunyai lebih 70 cawangan di negara ini dan sumbangan kami kepada masyarakat banyak melibatkan generasi muda, atlet dan sektor kerajaan.
“Matlamat utama kami adalah untuk membantu golongan miskin dan kami telah melakukan hal ini sejak 20 tahun lalu di Sarawak, dan kami kini melakukan perkara yang sama untuk rakyat Sabah melalui pengembangan perniagaan kami di sini,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Eksekutif Pemasaran Korporat LSC. Cecilia Michelle Anak Matthew dan Pengurus Runcit Angela Noem.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.