Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Gagal pamer tanda larangan merokok
Published on: Friday, June 02, 2023
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Gagal pamer tanda larangan merokok
Shim (kanan) dan pasukan pemeriksa dari PKK Beluran di lokasi operasi itu.
BELURAN: Dua notis dikeluarkan terhadap dua syarikat bas penumpang antara daerah yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok dalam kenderaan atau pengangkutan awam.

Nilai kompaun setiap notis yang dikeluarkan ialah RM500.

Notis dikeluarkan menerusi pemeriksaan pada operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 bagi pengangkutan awam yang dilaksanakan Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran di Sekatan Jalanraya Sapi-Nangoh, di sini, Khamis.

Operasi itu diketuai Inspektor Kesihatan Kanan dari Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Beluran, Shim Jik Kwang bersama empat pegawai dari PKK Beluran.

Antara lain, operasi itu turut menjurus kepada penguatkuasaan orang merokok dalam bas awam termasuk tandas bas.

Ini bagi melindungi penumpang lain daripada bahaya asap rokok terutamanya penumpang warga emas, ibu mengandung dan kanak-kanak.

Sebanyak 12 buah bas penumpang antara daerah diperiksa sepanjang operasi berkenaan.

Sementara itu, pemeriksaan harian juga dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Beluran di Road Check Point (RCP) lokasi berkenaan ketika operasi penguatkuasaan PKK Beluran itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here