Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Bahasa hargai komitmen PM terhadap Sabah
Published on: Friday, June 02, 2023
Text Size:

Bahasa hargai komitmen PM terhadap Sabah
ANWAR menunjukkan buku ‘100 Warkah 1000 Impian Anwar Ibrahim PM-10’ di Pesta Buku Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kota Kinabalu: Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) amat menghargai komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bukan sahaja sering datang ke Sabah, tetapi memastikan rakyat dan negeri ini tidak terpinggir daripada arus perdana Malaysia Madani.

Presidennya Datuk Jasni Matlani berkata, Sabah memerlukan teraju kepimpinan yang melihat negeri ini dari dekat dengan mata sendiri dan memahami keluh kesah serta derita rakyat Sabah – bukan dari jauh sehingga menyebabkan negeri ini jauh ketinggalan berbanding beberapa negeri di Semenanjung.

“Seperti yang diakui oleh Perdana Menteri, kemudahan infrastruktur jalan raya negeri ini menyedihkan, berlubang-lubang. Begitu juga masalah air dan masalah kemiskinan rakyat tidak pernah berakhir.

“Jadi apabila beliau sendiri selalu turun padang dan merasa denyut derita rakyat Sabah secara dekat, maka ini sebahagian besar daripada solusi yang kita amat alu-alukan,” kata Jasni.

Beliau mengulas kenyataan Anwar, dalam kunjungan kerja Perdana Menteri ke Sabah sempena sambutan Pesta Kaamatan tahun ini, dan seterusnya bermesyuarat dengan pimpinan kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan masalah infrastruktur, air dan kemiskinan tegar di negeri ini.

Jasni yang juga Ahli Lembaga Pengelola DBP Malaysia berkata, beliau sendiri telah beberapa kali menulis surat kepada Perdana Menteri, supaya melihat Sabah secara dekat dan memberi perhatian serius terhadap Sabah termasuk dalam isu budaya, bahasa dan sastera di negeri ini.

“Malah ada sepucuk surat yang saya tulis dan tersiar dalam buku ‘100 Warkah 1000 Impian Anwar PM-10’ yang turut dilancarkan dan diserahkan kepada Perdana Menteri semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya harap beliau berkesempatan dan mempunyai ruang untuk membaca surat berkenaan, kerana semua yang saya gambarkan itu adalah isyarat jelas untuk tidak menganaktirikan Sabah dalam apa juga bidang, situasi dan keadaan,” katanya.

Malah Jasni turut menjelaskan, kerana keyakinan terhadap Anwar sebagai insan yang boleh membawa banyak perubahan kepada Sabah dan Sarawak, maka Jasni sendiri serta beberapa rakan penulis di Malaysia dan Indonesia sedang dalam proses menerbitkan dua buku antologi puisi untuk beliau. 

“Sebuah buku antologi puisi itu memuatkan puisi-puisi penulis Malaysia, termasuk penerima Anugerah SEA Write dan Sasterawan Negara tentang perjuangan Perdana Menteri.”

“Manakala sebuah lagi ialah buku antologi puisi esei yang dihasilkan oleh penulis Malaysia, khasnya dari Sabah dan juga penulis dari Indonesia yang merakamkan jatuh bangun Perdana Menteri dalam gerakan belia, gerakan politik sehingga diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10,” katanya. 

Jasni turut berharap agar Perdana Menteri sendiri sudi untuk datang semula ke Sabah bagi melancarkan kedua-dua buku berkenaan dalam tempoh terdekat sebagai penghargaan kepada rakyat Sabah, sekali lagi. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here