Polis berkata lelaki berusia 31 tahun itu memukul bayi berusia 11 bulan tersebut kerana membuat bising.
Kuala Lumpur: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan cedera dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah unit pangsapuri di Setapak.
Bayi itu cedera di bahagian belakang badan, bengkak di bibir serta lebam pada kedua-dua belah matanya kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur, kata Timbalan Ketua Polis Wangsa Maju D Saralathan.
ADVERTISEMENT
Sehubungan itu, polis kini mengesan seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun bagi membantu siasatan kes itu.
“Lelaki terbabit melarikan diri sebelum polis tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati punca bayi itu dipukul adalah kerana membuat bising dan ibu bayi berkenaan dikatakan cuba menghalang teman lelakinya itu tetapi tidak berdaya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju menerusi talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran.
ADVERTISEMENT
Semalam, tular kejadian seorang lelaki mendera bayi perempuan berusia 11 bulan.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.