Mon, 11 Dec 2023

HEADLINES :


ADVERTISEMENT


Dua warga Filipina miliki ikan dibom dijel, didenda
Published on: Saturday, August 12, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Dua warga Filipina miliki ikan dibom dijel, didenda
Kesalahan didakwa di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(a) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000, atau hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Dua warga Filipina masing-masing dipenjara 12 bulan dan didenda RM2,000 atau penjara dua bulan kerana memiliki ikan yang ditangkap dengan bahan letupan.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mawali Jirin, 44, dan Jimboy Mawalik, 29, yang mengaku bersalah secara berasingan kepada pertuduhan terhadap mereka yang dibacakan dalam bahasa Bajau Suluk.

Mawali dan Jimboy didapati memiliki lapan ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan pada 9.45 pagi pada 11 Julai tahun ini di dalam sebuah bot di perairan Serusop di Tuaran.

Kesalahan didakwa di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(a) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000, atau hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan dua tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas hukuman penjara mereka selesai.

Pegawai Pendakwa William Apin dari Jabatan Perikanan hadir untuk pendakwaan.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 32 tahun dipenjara lapan tahun dan dikenakan tiga sebatan kerana mengambil syabu secara berulang.

Masmah Anton didapati mengambil dadah itu pada 20 Feb tahun ini selepas air kencingnya disahkan positif dadah di balai polis Tuaran.

Dia mempunyai empat rekod sabitan untuk kesalahan mengambil dadah itu.

Selepas menjalani hukuman penjaranya, mahkamah memerintahkan Masmah diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here