Yayasan Bank Rakyat rai 67 pelajar cemerlang di Tenom
Published on: Saturday, August 19, 2023
Text Size:
ANTARA pelajar yang diraikan pada acara itu.
Tenom: Yayasan Bank Rakyat (YBR) meraikan 63 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dari lapan sekolah menengah di sekitar daerah ini, bagi membantu tahap pendidikan murid-murid di sana.
YBR dalam satu majlis di Hotel Perkasa, di sini telah menyampaikan sijil serta insentif melibatkan pelajar yang mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan, dengan objektif membantu meningkatkan akademik serta memotivasikan mereka untuk lebih berjaya pada masa akan datang.
ADVERTISEMENT
Penyerahan anugerah kepada pelajar-pelajar ini disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Junik Bajit dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM dan STPM 2022 di sini, Jumaat.
Turut hadir dalam sesi penyampaian ini adalah Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.
Sementara itu, Junik berkata, pihaknya amat mengambil berat dan terpanggil untuk membantu mereka yang berpotensi dalam agenda meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan pelajar, khususnya mereka yang berada di luar bandar.
ADVERTISEMENT
Menurut Junik lagi, “Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan pelajar untuk memulakan pengajian di peringkat tinggi, serta sebagai pembakar semangat bagi meneruskan kejayaan untuk meningkatkan sosioekonomi keluarga ke peringkat seterusnya,” katanya.
Jelas beliau, usaha ini juga menjadi salah satu inisiatif dalam memastikan masyarakat sentiasa mendapat pendidikan terbaik serta membantu melahirkan masyarakat yang lebih berilmu, terutamanya di Sabah.
ADVERTISEMENT
Pada majlis yang sama, seramai empat pelajar yang masih meneruskan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar Sabah turut menerima Bantuan Awal Pengajian (BAP) YBR sebagai bantuan untuk memulakan pengajian, atau sebagai kegunaan menguruskan kelengkapan yang diperlukan semasa pengajian.
Sejak Januari tahun ini sehingga kini, YBR sudah menyalurkan peruntukan sebanyak RM237,000 menerusi BAP bagi membantu pelajar dari keluarga B40 untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.