Cabaran besar Umno di PRK Pulai dan Simpang Jeram adalah untuk mengerahkan seluruh ahli dan jentera parti mendukung calon PH memandangkan PN tidak mempunyai kekuatan besar di Johor.
PETALING JAYA: Umno perlu memastikan calon Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kemenangan di PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram bagi membuktikan orang Melayu masih bersama mereka, kata Timbalan Ketua Bahagian Segamat, Bastien Onn.
Katanya, jika gagal ia akan memberi tamparan kepada Umno kerana Johor adalah tempat lahir parti itu dengan Barisan Nasional (BN) memegang tampuk kuasa negeri ketika ini.
Advertisement
“Kalau sebelum ini kita lihat dalam PRN lalu, kawasan di jajaran Melayu menolak kerjasama PH, kali ini kita berpeluang menguji dan melihat di tempat lahirnya Umno, orang Melayu akan beri sokongan atau tidak kepada kerajaan perpaduan PH dan BN.
“Ia petunjuk cukup besar kali ini kepada pucuk pimpinan untuk menilai (kerjasama dalam kerajaan perpaduan),” katanya kepada FMT.
SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes.
Beliau berkata, cabaran besar Umno dalam PRK itu juga adalah untuk mengerahkan seluruh ahli dan jentera parti mendukung calon PH memandangkan Perikatan Nasional (PN), khususnya PAS tidak mempunyai kekuatan besar di Johor.
“PAS tidak mempunyai kekuatan di Johor, jadi bayangkan jentera Umno kali ini berkempen untuk memenangkan calon Amanah, itu amat janggal dan luar biasa,” kata bekas exco Pemuda itu.
Katanya, jika kerusi berkenaan gagal dipertahankan, Umno perlu melihat semula sama ada kerjasama dengan PH dapat memberi tambah nilai kepada parti.
“Umno jika ditolak di kawasan jajaran Melayu, apa erti bagi parti yang sepatutnya mewajahkan dan didukung orang Melayu dan menjaga kedudukan Melayu dalam negara,” soalnya.
Umno terus dirundung prestasi buruk apabila hanya menang 19 daripada 108 kerusi DUN ditandingi iaitu 14 di Negeri Sembilan, masing-masing dua di Selangor serta Pulau Pinang dan satu di Kelantan pada PRN 12 Ogos lalu.
Di Terengganu dan Kedah semua calonnya kecundang termasuk tiga bekas menteri besar Ahmad Said, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Mahdzir Khalid. Pada PRU15 Umno juga kalah teruk apabila hanya menang 26 kerusi Parlimen.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Hairi Mad Shah, berkata orang Melayu Johor tidak terpengaruh dengan “gelombang hijau” seperti berlaku pada PRN di enam negeri lalu.
Adun Larkin itu yakin jentera Umno akan bekerja memastikan kemenangan calon PH di dua PRK tersebut dan tidak akan berlaku elemen sabotaj.
“Demografi Johor berbeza dengan (negeri) pantai timur atau utara. Orang Johor tak terima persepsi, ada kata (sokong) parti boleh bawa ke syurga, itu ayat yang terlalu jumud untuk saya katakan dan terlalu taasub kepada parti.
“Umno lama bertapak dan memberi ruang kepada rakan strategik yang baharu, tiada unsur sabotaj, Umno dah buktikan semangat setiakawan tak langgar etika dan permuafakatan dijalin,” katanya.
PRK Pulai dan Simpang Jeram akan berlangsung 9 Sept ini susulan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.
Stay up-to-date by following Daily Express's Telegram channel.
Daily Express Malaysia