Dr Jeffrey berkata, punca kematian difahamkan adalah kejadian alga merah dan tiada kaitan dengan pembebasan sisa toksik.
Kota Kinabalu: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri mengesahkan video tular mengenai insiden ikan mati terapung di perairan tidak dikenal pasti yang dikaitkan dengan pelepasan sisa toksik di Fukushima, Jepun, tidak berlaku di Sabah.
Menterinya Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan berkata Kementeriannya menerusi siasatan Jabatan Perikanan Sabah mengesahkan kejadian kematian ikan itu berlaku beberapa minggu lalu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia melibatkan ikan yang diternak dalam sangkar.
ADVERTISEMENT
Beliau berkata, punca kematian difahamkan adalah kejadian alga merah dan tiada kaitan dengan pembebasan sisa toksik.
“Kementerian ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang dengan keadaan ikan yang mungkin dicemari racun kerana Jabatan Perikanan Sabah dan beberapa agensi serta institusi berkaitan sedang memantau rapi keadaan itu dan telah mengambil langkah berjaga-jaga.
“Kementerian meminta orang ramai khususnya nelayan melaporkan segera sekiranya melihat sejumlah besar ikan mati secara mengejut di mana-mana perairan di Sabah,” kata Dr Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri 1.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.