Banduan warga asing dihukum penjara 18 tahun rogol anak perempuan
Published on: Wednesday, September 13, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Tertuduh yang dijatuhkan hukuman penjara enam bulan pada 27 Februari lalu kerana masuk ke negara ini secara haram (tanpa dokumen) diperintahkan menjalani hukuman kes rogol bermula dari tarikh tangkap. (Gambar fail sekadar hiasan)
TAWAU: Seorang banduan warga asing dihukum penjara 18 tahun dan dikenakan 10 kali sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu selepas mengaku salah merogol anak perempuannya, 14, di sebuah kampung di Semporna pada Februari lalu.
Tertuduh, 58, mengaku salah di hadapan Hakim Rosli Ahmad bahawa dia melakukan jenayah itu di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah pulau di Semporna sekitar jam 11 malam pada 11 Februari 2023.
ADVERTISEMENT
Tertuduh yang dijatuhkan hukuman penjara enam bulan pada 27 Februari lalu kerana masuk ke negara ini secara haram (tanpa dokumen) diperintahkan menjalani hukuman kes rogol bermula dari tarikh tangkap, serentak dengan Section 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.