Lembaga Perindustrian Getah Sabah sumbang RM1.5 juta kepada Kerajaan Negeri
Published on: Tuesday, September 19, 2023
Text Size:
Hajiji menerima cek cura sumbangan itu daripada Edward (keempat dari kiri) sambil diperhatikan Sabdil (keempat dari kanan) dan yang lain.
Kota Kinabalu: Lembaga Perindustrian Getah Sabah (LIGS) membayar RM1.5 juta sebagai sumbangan bagi 2022 kepada Kerajaan Negeri pada Isnin.
Ia adalah kali kedua LIGS menyumbang kepada Kerajaan Negeri selepas kali pertama pada 2021, di mana ia menyumbang RM1.3 juta.
ADVERTISEMENT
Pengerusi LIGS, Datuk Edward Linggu, menyampaikan cek cura sumbangan itu kepada Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor di Menara Kinabalu.
Turut hadir Pengurus Besar LIGS Sabdil Tanjong dan ahli lembaga pengarah.
Semasa kunjungan hormat itu, LIGS memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai aktiviti dan program LIGS seperti Insentif Pembelian Getah (IPG), Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), Inisiatif Pendapatan Rakyat 2023 (IPR) dan langkah ke hadapan untuk merancakkan industri getah negeri.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.