Fri, 22 Sep 2023

HEADLINES :




Pemuda PN tunjuk perasaan untuk raih simpati: Mohd Rafi
Published on: Tuesday, September 19, 2023
Text Size:

Pemuda PN tunjuk perasaan untuk raih simpati: Mohd Rafi
Mohd Rafi yang juga Ketua Bahagian Umno Labuan berkata mereka perlu menghormati sambutan Hari Malaysia.
LABUAN: Pemuda Perikatan Nasional (PN) menganjurkan tunjuk perasaan semata-mata untuk menarik simpati rakyat sekali gus memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dijatuhkan dengan menjadikan  isu keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno (MKT) Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata PN hanya dilihat meraih populariti dengan menggunakan taktik politik murahan sehingga sanggup terlibat dalam himpunan Sabtu lepas.

Beliau berkata, PN tidak dapat menerima kenyataan sokongan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada Kerajaan Perpaduan sebenarnya bukan hanya kerana Ahmad Zahid tetapi lebih menjunjung Titah Tuanku Agong dan menyelamatkan negara daripada krisis politik selepas PRU-15 di samping mengwujudkan sebuah Kerajaan yang stabil untuk mentabir negara bagi meneruskan kemakmuran dan kemajuan negara.

“Saya nasihatkan kepada mereka yang masih rindu dan ingin berjuang bersama Umno agar kembali menyertai Umno dan beri sokongan kepada parti yang banyak berjasa dengan memberikan sumbangan kesenangan serta kekayaan kepada kepimpinan PN yang kebanyakannya adalah bekas ahli Umno. 

“Isu DNAA Ahmad Zahid bukan perkara yang mengejutkan kerana PN sendiri juga pernah melakukan perkara sama terhadap pemimpin dan sekutu-sekutunya. 

“Sebelum ini PN cukup percaya sehingga mengeluarkan kenyataan mendakwa yakin dan percaya kepada Badan Kehakiman dan Perundangan Negara lebih-lebih lagi jika melibatkan pembebasan pemimpin mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Mohd Rafi yang juga Ketua Bahagian Umno Labuan berkata mereka perlu menghormati sambutan Hari Malaysia.

“Sehubungan itu, tunjukanlah sikap saling menghormati sekali gus menunjukkan semangat patriotisme  kepada negara melebihi segalanya.

“Kita mempunyai tanggungjawab kepada agama, bangsa dan tanahair.

Semua kena memandang ke hadapan dan pihak Kerajaan perlu fokus dalam menjalankan tanggungjawab membangunkan negara serta membantu rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang agak tinggi sekarang ini selain iklim ekonomi negara yang tidak menentu.

“Janganlah kerana tidak sabar menunggu empat tahun lagi, mereka mahu membawa rakyat ke jalanan untuk merampas kuasa,” kata Mohd Rafi.

Beliau menambah, semua Ahli Parlimen BN yang ada sekarang mempunyai pendirian teguh sekali gus  tidak akan menjadi ‘katak’ seperti kebanyakan yang ada ‘di pihak sebelah’.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV