Fri, 22 Sep 2023

HEADLINES :




60,000 naskhah Al-Quran Bahasa Dusun sedia diedar
Published on: Tuesday, September 19, 2023
Text Size:

60,000 naskhah Al-Quran  Bahasa Dusun sedia diedar
JUHAR (kanan) tertarik untuk mengetahui maksud terjemahan pada naskah Al-Quran Bahasa Dusun daripada Nicholas (tengah), sambil diperhatikan Bungsu (kiri).
Kota Kinabalu: Sebanyak 60,000 naskah Al-Quran dengan terjemahan Bahasa Dusun akan diedar selepas mendapat perkenan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pengerusi Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Se-Malaysia (KDMRS Muslim), Nicholas Sylvester berkata penerbitan Al-Quran dengan terjemahan Bahasa Dusun itu merupakan hasil usaha KDMRS Muslim, yang bertujuan memberi kemudahan kepada golongan mualaf di negeri ini untuk mendalami ilmu Al-Quran.

“Al-Quran ini telahpun lulus semakan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Dalam Negeri dan sedia untuk diedarkan secara percuma, khususnya kepada Muslim Dusun di pedalaman Sabah dalam masa terdekat.

Bagi cetakan pertama sebanyak 10,000 naskah telah dicetak dan sedia untuk diedarkan apabila naskah ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah manakala 50,000 naskah lagi sedang dalam cetakan sebagai tambahan.

“Yang di-Pertuan Agong akan melancarkan naskah ini dalam satu majlis yang akan diadakan sedikit masa lagi.

Kita juga merancang akan mengadakan satu majlis penyerahan naskah Al-Quran kepada persatuan-persatuan mualaf Sabah dengan Tun Juhar sebagai tetamu kehormat selewat-lewatnya pada hujung tahun ini,” ujarnya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

Dalam pada itu, Nicholas turut memaklumkan kunjungan tersebut juga bertujuan menjemput Tun Juhar untuk merasmikan Konvensyen Dakwah NGO Madani Negeri Sabah di ibu negeri, Sabtu ini.

Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @Aziz Jaafar, Presiden Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (Sahabat) Johari Buning Abdullah dan Yang di-Pertua Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (Haluan) Cawangan Sabah Surail Abdul Kahar.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV