Mon, 11 Dec 2023

HEADLINES :


ADVERTISEMENT


Syarikat siar iklan ubat tidak lulus didenda RM7,500
Published on: Tuesday, September 19, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Syarikat siar iklan ubat tidak lulus didenda RM7,500
Kesalahan di bawah Seksyen 4B Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 itu boleh dihukum mengikut Seksyen 5 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat didenda sejumlah RM7,500 atas empat pertuduhan menyiarkan iklan yang tidak diluluskan Lembaga Iklan Ubat.

VC Future Sdn Bhd melalui wakilnya mengaku bersalah kepada semua pertuduhan terhadap syarikat itu pada Isnin.

Bagi pertuduhan pertama, syarikat itu didenda RM1,500 oleh Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kerana menyiarkan iklan ubat bertarikh 16 Okt 2022 yang diterbitkan di sebuah akhbar tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

Pertuduhan menyatakan bahawa iklan itu telah membawa kepada penggunaan perihalan tersebut sebagai ubat, alat atau remedi bagi tujuan pencegahan atau rawatan penyakit dan keadaan manusia.

Kesalahan di bawah Seksyen 4B Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 itu boleh dihukum mengikut Seksyen 5 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat, syarikat itu masing-masing didenda RM1,000, RM2,000 dan RM3,000 oleh Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus.

Pertuduhan menyatakan bahawa syarikat itu telah menyiarkan iklan sama mengenai ubat itu di akhbar sama bertarikh 11 Sept, 26 Sept dan 6 Okt 2022.

Semasa rayuan, pengarah syarikat meminta hukuman ringan dengan mengatakan bahawa mereka telah meminta permit untuk mengiklan daripada lembaga kerana mereka adalah syarikat baharu.

Pengarah itu berkata ia adalah kesalahan pertama syarikat dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Farmasi Abu Suffian menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Dia memaklumkan kepada mahkamah bahawa syarikat itu memang ada memohon permit tetapi kandungan iklan itu (yang diberi permit) tidak sama dengan apa yang mereka siarkan dalam akhbar.

Tambah Abu, iklan itu akan mempengaruhi pembaca bahawa ubat itu boleh digunakan untuk rawatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here