Fri, 19 Jul 2024

HEADLINES :


12 wakil rakyat PH Sabah tarik balik saman pemula
Published on: Thursday, September 21, 2023
By: Bernama
Text Size:

12 wakil rakyat PH Sabah tarik balik saman pemula
OS itu difailkan pada 3 Jun tahun lepas terhadap kerajaan Persekutuan, dan negeri memohon perintah mahkamah supaya kerajaan Persekutuan mengiktiraf dan memberikan hak-hak Sabah seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, serta hak perlembagaan yang memperuntukkan hak istimewa bagi Sabah untuk menerima geran khas berjumlah dua perlima (formula 40 peratus) daripada hasil bersih Persekutuan yang diperolehi daripada Sabah.
Kota Kinabalu: Dua belas wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dari Sabah dalam kenyataan pada Rabu menarik balik saman pemula (OS) bagi mendapatkan satu perintah mahkamah supaya kerajaan Persekutuan memperakui dan memberikan hak-hak Sabah yang termaktub dalam perlembagaan.

Menurut kenyataan itu mereka melihat ada kemajuan berhubung perkara berkenaan, khususnya menerusi penubuhan jawatankuasa teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dipengerusi-kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyaksikan dua daripada tiga deklarasi yang dituntut mereka telahpun dipersetujui, dan akan dilaksanakan nanti.

“Kami juga gembira apabila mendapat tahu bahawa jumlah hasil bersih yang dikutip atau diperolehi dari Sabah setiap tahun kini akan dimaklumkan kepada wakil kerajaan negeri Sabah, dengan menjadi ahli Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) apabila pindaan Akta LHDN 1995 dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

“Kami juga dimaklumkan bahawa semakan tahun lepas akan digantikan dengan semakan baharu, yang akan siap tidak lama lagi, dan semakan baharu ini akan meningkatkan jumlah geran khas yang akan diberikan kepada Sabah.

“Apa yang sama pentingnya ialah semakan baharu ini akan dinyatakan dengan jelas sebagai “penyelesaian interim” dan oleh itu ia tidak menjejaskan hak Sabah untuk menuntut pemberian khasnya berdasarkan formula 40 peratus bagi tahun-tahun terjejas,” menurut kenyataan itu.

Berhubung tuntutan bahawa Sabah patut menerima geran khas itu mulai 1974 berdasarkan formula 40 peratus, perkara itu masih menjadi sebahagian daripada agenda dalam Jawatankuasa Teknikal dan perlu dimuktamadkan dalam tempoh 12 bulan mulai 18 Julai lepas.

Memandangkan ada beberapa plaintif yang memegang jawatan dalam kerajaan Persekutuan dan negeri, mereka juga sedar bahawa adalah tidak wajar bagi mereka untuk meneruskan tindakan undang-undang ini.

“Dengan mengambil kira kemajuan yang telah dicapai dan perkara-perkara baik yang boleh dilakukan melalui Jawatankuasa Teknikal, kami berpendapat bahawa pilihan ini harus disokong sebagai cara untuk mencapai objektif yang kami tetapkan semasa kami memfailkan OS tahun lepas.

“Kami bersetuju untuk menarik balik OS kami, tetapi kami bebas untuk memfailkan semula. Jika isu selebihnya belum diselesaikan dan tidak dapat dipersetujui, kami berhak untuk membawa kes ini kembali ke mahkamah untuk meneruskan sebarang hak perlembagaan yang belum diselesaikan, kerana diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia (MA63),” menurutnya.

OS itu difailkan pada 3 Jun tahun lepas terhadap kerajaan Persekutuan, dan negeri memohon perintah mahkamah supaya kerajaan Persekutuan mengiktiraf dan memberikan hak-hak Sabah seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, serta hak perlembagaan yang memperuntukkan hak istimewa bagi Sabah untuk menerima geran khas berjumlah dua perlima (formula 40 peratus) daripada hasil bersih Persekutuan yang diperolehi daripada Sabah.

Dua belas wakil rakyat berkenaan terdiri daripada Datuk Ewon Benedick (Ahli Parlimen Penampang, Ahli Dewan Undangan Negeri [Adun] Kadamaian), Datuk Wilfred Madius Tangau (Ahli Parlimen Tuaran), Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu), Vivian Wong (Ahli Parlimen Sandakan), Senator Noorita Sual.

Datuk Frankie Poon (Adun Tanjung Papat), Datuk Christina Liew (Adun Api-Api), Phoong Jin Zhe (Adun Luyang), Jannie Lasimbang (Adun Kapayan), Peto Galim (Adun Inanam), Tan Lee Fatt (Adun Likas) dan Awang Hussaini Sahari (bekas Ahli Parlimen Putatan).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here