Sabah FC waspada berdepan Huogang FC
Published on: Thursday, September 21, 2023
By: GL Oh
ONG (kedua dari kiri) bersama Darren Lok (kiri), Marko (kedua dari kanan) dan pemain Huogang, Zulfahmi Arifin semasa sidang media pada Rabu.
Kota Kinabalu: Sabah FC akan berwaspada dalam aksi pembukaan Piala AFC musim ini menentang pasukan dari Singapura, Huogang United FC di Stadium Likas malam ini bermula jam 8 malam.
Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee berkata adalah penting untuk mendapatkan permulaan yang positif dalam kemunculan semula mereka dalam saingan AFC.
ADVERTISEMENT Kali terakhir Sabah muncul dalam pertandingan AFC adalah pada Piala Pemenang Piala Asia, yang kini sudah dimansuhkan, pada tahun 1995.
“Pastinya bagus untuk kembali ke saingan AFC selepas tempoh yang panjang dan sudah tentu kami tidak sabar menantikan perlawanan besar esok.
“Saya harap kami dapat menampilkan persembahan yang baik dan mendapat keputusan yang kami mahukan,” katanya pada sidang media sebelum perlawanan di Stadium Likas pada Rabu.
Beliau juga berkata tekanan tidak akan menjadi faktor dalam perlawanan Kumpulan H itu dan yakin pemainnya akan memberikan aksi terbaik.
ADVERTISEMENT
“Saya tidak percaya ada sebarang tekanan dalam pasukan kerana kebanyakan pemain mempunyai pengalaman antarabangsa yang luas dan mereka tahu bagaimana untuk menangani jangkaan, dan ini adalah salah satu kelebihan yang kami ada,” katanya.
Beliau juga menolak andaian bahawa Sabah FC mempunyai kelebihan besar dengan sokongan tuan rumah dan bermain di atas rumput yang tidak biasa dilakukan oleh lawan mereka.
ADVERTISEMENT
“Setiap pertandingan adalah berbeza dan kami tidak boleh mengambil mudah mereka walaupun mereka biasa bermain di atas padang sintetik.
“Pada masa yang sama, pemain-pemain mesti tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk memastikan kami boleh memperoleh keputusan yang positif,” katanya.
Beliau mendedahkan bahawa sasaran Sabah FC adalah untuk pergi jauh dalam pertandingan itu.
“Kami mempunyai objektif dalam setiap perlawanan dan kami akan cuba untuk mara sejauh mungkin seperti yang pernah dicapai JDT dan Kuala Lumpur sebelum ini.
“Bagaimanapun, kami hanya akan fokus pada satu perlawanan pada satu masa dan ini untuk memastikan kami tidak memikirkan terlalu jauh ke hadapan kerana kami mempunyai pertandingan lain selain AFC,” katanya.
Beliau turut menggesa penyokong agar hadir memberi sokongan kepada pasukan di stadium.
“Kehadiran penyokong pada perlawanan esok adalah penting untuk memberikan motivasi kepada pemain dari awal hingga akhir.
“Saya harap mereka boleh datang beramai-ramai. Saya tahu ia bukan hujung minggu tetapi saya percaya ramai yang akan datang dan memberikan sokongan mereka kepada pasukan,” katanya.
Sementara itu, jurulatih Huogang United, Marko Kraljevic berkata Sabah FC adalah pasukan yang kuat dan pemainnya akan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan yang baik.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.