Wed, 6 Dec 2023

HEADLINES :


ADVERTISEMENT


Mahkamah batal saman 12 wakil rakyat PH Sabah
Published on: Thursday, September 21, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Mahkamah batal saman 12 wakil rakyat PH Sabah
12 plaintif itu ialah Ahli Parlimen (MP) dan Adun iaitu Datuk Ewon Benedick, Datuk Christina Liew, Datuk Frankie Poon, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Awang Hussaini Sahari, Chan Foong Hin, Phoong Jin Zhe, Jannie Lasimbang, Peto Galim, Tan Lee Fatt, Vivian Wong, dan Noorita Sual.
Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman yang difailkan 12 wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Sabah berhubung hak 40 peratus Perlembagaan Negeri ke atas hasil yang diperoleh Kerajaan Persekutuan dari Sabah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ismail Brahim membuat keputusan itu pada Rabu semasa sebutan perkara itu melalui Zoom kerana plaintif telah menarik balik saman tersebut.

Peguam Nelson Angang yang mewakili plaintif memaklumkan kepada media bahawa mahkamah mengarahkan perkara itu dibatalkan tanpa perintah mengenai kos dan dengan kebebasan untuk memfailkan semula.

12 plaintif itu ialah Ahli Parlimen (MP) dan Adun iaitu Datuk Ewon Benedick, Datuk Christina Liew, Datuk Frankie Poon, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Awang Hussaini Sahari, Chan Foong Hin, Phoong Jin Zhe, Jannie Lasimbang, Peto Galim, Tan Lee Fatt, Vivian Wong, dan Noorita Sual.

Plaintif memfailkan Saman Pemula (OS) pada 3 Jun 2022, menamakan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sabah sebagai defendan pertama dan kedua.

Mereka memohon perintah mahkamah supaya Kerajaan Persekutuan mengiktiraf dan melaksanakan hak perlembagaan Sabah seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 112C dan Seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Hak perlembagaan itu memperuntukkan hak istimewa kepada Sabah untuk menerima geran khas berjumlah dua perlima (40 peratus) daripada hasil bersih yang Persekutuan perolehi daripada Sabah.

Mereka juga memohon pengisytiharan antara lain: Pertama, bahawa Kerajaan Persekutuan mendedahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah jumlah hasil bersih yang diperolehi dan terus diperolehi dari Sabah setiap tahun;

Kedua, mereka juga memohon pengisytiharan bahawa semakan sepatutnya dilakukan pada 1974 dan susulan itu pembayaran berterusan sebanyak RM26.7 juta dari 1974 disemak kepada jumlah yang dikira berdasarkan premis formula 40 peratus itu;

Dan ketiga, pengisytiharan bahawa semakan pada 2022 (Semakan 2022) menurut Seksyen 112D Perlembagaan Persekutuan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah adalah tidak berperlembagaan, batal dan tidak sah serta tidak berkuat kuasa.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly dan Peguam Persekutuan Mohammad Salehuddin mewakili responden pertama, manakala peguam Syed Anwar Shariff Abdullah mewakili responden kedua.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here