Mon, 11 Dec 2023

HEADLINES :


ADVERTISEMENT


Hulur kerjasama penuh kepada agensi persekutuan: Hajiji
Published on: Thursday, September 21, 2023
Text Size:

Hulur kerjasama penuh kepada agensi persekutuan: Hajiji
Hajiji berkata Sabah komited dan bersedia bagi memastikan industri tenaga negeri mempunyai daya tahan jangka panjang menerusi pelan Hala Tuju dan pelan Induk Tenaga Sabah 2040 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan negeri agar memberikan kerjasama penuh kepada agensi persekutuan yang melaksanakan projek pembangunan di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) 2021-2025.

Beliau berkata kerjasama daripada semua kementerian dan agensi negeri diperlukan bagi memastikan projek baharu yang diperuntukkan di bawah KSP dan semua di bawah RMK12 di Sabah akan dapat disiapkan mengikut jadual.

“Sabah mengalu-alukan pembentangan KSP RMK12 Kerajaan Perpaduan bertemakan Malaysia Malaysia: ‘Mampan, Sejahtera, Berpendapatan Tinggi’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, pada Isnin (11 September).

“Kerajaan negeri berbesar hati mengambil maklum bahawa kerajaan Persekutuan terus mengutamakan pembangunan di Sabah menerusi pelbagai projek dan inisiatif baharu dalam separuh penggal RMK12,” katanya dalam satu kenyataan pada 11 September.

Hajiji berkata Sabah komited dan bersedia bagi memastikan industri tenaga negeri mempunyai daya tahan jangka panjang menerusi pelan Hala Tuju dan pelan Induk Tenaga Sabah 2040 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Ketika membentangkan KSP RMK12, Perdana Menteri berkata untuk memastikan pembangunan Sabah, Kerajaan Persekutuan akan menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas dan kepada Kerajaan Negeri yang dijangka dapat muktamadkan menjelang Januari tahun depan.

Anwar berkata menerusi pemindahan kuasa tersebut, kerajaan Sabah mempunyai kuasa untuk mengawal selia bekalan gas dan elektrik berdasarkan kepentingan negeri.

Projek untuk membina sistem tenaga boleh diperbaharui dan untuk naik taraf grid bekalan kuasa di Gugusan Felda Sahabat, Lahad Datu bernilai RM195 juta, akan dilaksanakan bagi menambah baik daya harap bekalan elektrik di negeri itu. Ia akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan itu dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Kerajaan Persekutuan juga akan melaksanakan lebih banyak projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah yang mana setakat ini 43 projek berkenaan sedang dilaksanakan di Sabah.

Bagi menyediakan sistem penjagaan kesihatan yang sama rata, pusat darah serantau akan dibina di Sabah, manakala makmal kesihatan awam serta makmal kualiti dan keselamatan makanan akan dibina di Kuching, Sarawak.

Sabah dan Sarawak juga akan mendapat manfaat pembangunan infrastruktur pengangkutan dan logistik yang mampan dan berdaya tahan dengan pembinaan Sarawak-Sabah Link Road II dan Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B.  

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

Keywords:
sabahmovingforward





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here