Mon, 14 Jul 2025
Headlines:
Cadangan Pusat Sukan ‘Lumadan Sejahtera’ dilaksana tahun depan
Published on: Sunday, October 22, 2023
Published on: Sun, Oct 22, 2023
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Cadangan Pusat Sukan ‘Lumadan Sejahtera’ dilaksana tahun depan
Menurut Ruslan, Pusat Sukan ‘Lumadan Sejahtera’ akan dilengkap tiga buah padang bolasepak termasuk futsal, dewan terbuka untuk aktiviti sukan ‘indoor’ dan tempat duduk berbumbung.
BEAUFORT: Wakil rakyat Lumadan, Datuk Ruslan Muharam bercadang mewujudkan Pusat Sukan ‘Lumadan Sejahtera’ di kawasan ini bagi memberi manfaat kepada masyarakat khususnya belia untuk bersukan dan beriadah.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, cadangan itu akan dilaksanakan pada tahun depan di atas sebuah tanah wakaf seluas lapan ekar di Kampung Indumadi, di sini.

Advertisement
Menurutnya, Pusat Sukan ‘Lumadan Sejahtera’ akan dilengkap tiga buah padang bolasepak termasuk futsal, dewan terbuka untuk aktiviti sukan ‘indoor’ dan tempat duduk berbumbung.

“Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada masyarakat khususnya belia di 40 buah kampung sekitar memandangkan kawasan ini memang tidak ada padang mahu pun fasiliti sukan lainnya.

SPONSORED CONTENT
Featuring over 100 booths it is one of the largest trade and culture showcases ever held in East Malaysia.
“Justeru, saya bercadang membina Pusat Sukan ‘Lumadan Sejahtera’ tahun depan bagi memenuhi aspirasi belia,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Padang Bola Sepak di Kampung Indumadi, di sini pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, Ruslan berkata, buat permulaan, pihaknya akan membina sebuah padang bolasepak di lokasi sama membabitkan peruntukan Adun berjumlah RM200,000.

Advertisement
Katanya, kerja-kerja menimbus tanah kini sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini sekaligus merealisasikan impian belia di kawasan itu.

“Seperti saya nyatakan sebelumnya, kawasan ini memang tidak mempunyai padang kecuali padang sekolah, tapi tidak boleh sesuka hati digunakan kerana sekolah ada peraturannya.

Advertisement
“Jadi pilihan lain golongan belia untuk bermain bola sepak hanya futsal atau pun di padang Kompleks Sukan Beaufort yang berbayar.

“Justeru, padang ini adalah satu permulaan bagi merealisasikan Pusat Sukan ‘Lumadan Sejahtera’ yang apabila siap kelak akan memberikan belia peluang bermain bolasepak lebih kerap,” katanya.

 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here