Sun, 26 Jan 2025
Headlines:
Janda tiga anak curi beras dipenjara 10 bulan
Published on: Friday, November 03, 2023
Published on: Fri, Nov 03, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Janda tiga anak curi  beras dipenjara 10 bulan
Sylviona didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang janda dengan tiga anak dipenjara 10 bulan pada Khamis kerana mencuri satu troli berisi beras dari sebuah kedai serbaneka, bulan lalu.

Sylviona Vallencie, 31, mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali atas pertuduhan mencuri satu troli berisi beras Sazarice Cap Roda milik Servay Express Sdn Bhd di Servay Express, Api-Api Center pada jam 8 malam, 23 Okt tahun ini.

Advertisement
Sylviona melakukan kesalahan itu bersama seorang subahat yang masih bebas.

Inspektor Albert Basiri, yang menjalankan pendakwaan, memaklumkan kepada mahkamah bahawa saksi mengesahkan Sylviona meletakkan beras dari troli itu ke dalam sebuah Perodua Axia di luar premis tersebut.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
Peguam dilantik Carmen Khoo, yang mewakili Sylviona memohon hukuman ringan kerana Sylviona menyesali perbuatannya.

Khoo menambah bahawa Sylviona adalah seorang janda dengan tiga anak masing-masing berusia tiga, lima dan enam tahun dan juga menanggung keperluan kewangan adik perempuannya berusia 15 tahun yang mengalami autisme.

Advertisement
Albert dalam memohon hukuman setimpal, memaklumkan kepada mahkamah bahawa beras itu tidak diperolehi semula.

Sylviona didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Sementara itu, pembantu kedai itu didakwa mencuri satu troli berisi beras Sazarice Cap Anggur di tempat dan masa yang sama.

Rosdei Rosman, 36, meminta dibicarakan terhadap tuduhan melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 13 Dis untuk pengurusan kes dan menawarkan jaminan RM3,000 kepada Rosdei dengan dua penjamin.

Pihak pendakwaan sebelum itu mencadangkan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin.

Peguam dilantik Lim Ming Zoong, yang mewakili Rosdei, memohon jaminan rendah kerana tertuduh menganggur.

Di mahkamah sama, seorang lagi didakwa atas dua pertuduhan masing-masing bersubahat dengan Rosdei dan Sylviona dalam jenayah itu.

Fabian Julian mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Dia dilepaskan dengan ikat jamin RM3,000 dan dua penjamin bagi setiap pertuduhan sementara menunggu pengurusan kes masing-masing pada 1 Dis dan 13 Dis.

Terdahulu, Albert mencadangkan ikat jamin RM5,000 tetapi Lim, yang mewakili Fabian meminta jaminan rendah kerana Fabian kini menganggur selepas dia dipecat daripada pekerjaannya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here