Dia juga memohon pengisytiharan bahawa defendan telah melanggar hak perlembagaannya untuk mendapat akses kepada pendidikan yang dijamin kepadanya di bawah Perkara 5 yang dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan, ganti rugi, kos dan apa-apa relif lanjutan dan lain-lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Kota Kinabalu: Seorang guru bahasa Inggeris yang disaman bekas pelajarnya kerana didakwa enggan mengajar subjek itu kepada pelajar tersebut lapan tahun lalu, telah mengaku dan menyesali ‘kesalahannya’ (tidak masuk kelas), kata seorang saksi.
Saksi ke-12 yang merupakan saksi sepina dan guru SMK Taun Gusi, Kota Belud berkata, guru bahasa Inggeris Mohd Jainal Jamrin (JJ) telah menemuinya selepas saman itu menjadi tular semasa dia (saksi) menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar sekolah berkenaan.
Advertisement
“Ketika bertemu saya pada waktu itu, JJ menangis dan mengakui kesalahannya kerana tidak masuk kelas untuk mengajar dan menyesali kesilapannya.
“Dia memberitahu saya bahawa dia tidak sepatutnya melakukan kesalahan itu sebagai seorang guru. Dan ketika itu, seorang guru lain juga mendengar pengakuannya,” kata saksi itu.
SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes.
Saksi itu memberi keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ismail Brahim, dalam pendengaran kes saman yang difailkan oleh plaintif Siti Nafirah Siman, 23, terhadap JJ, Pengetua SMK Taun Gusi Suid Hj Hanapi (atas kapasitinya sebagai Pengetua SMK Taun Gusi), SMK Taun Gusi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Pendidikan Sabah, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Menteri Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia, sebagai defendan pertama, kedua, keempat, kelima, keenam, ketujuh dan lapan.
Plaintif memohon antara lain pengisytiharan bahawa lapan defendan melanggar kewajipan berkanun mereka di bawah Akta Pendidikan dengan gagal memastikan dia diajar bahasa Inggeris dalam tempoh Februari 2015 hingga Okt 2015 dan menyediakannya untuk peperiksaan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan.
Dia juga memohon pengisytiharan bahawa defendan melanggar kewajipan mereka di bawah Peraturan 3C, 25, 26 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; pengisytiharan bahawa perbuatan diadukan oleh defendan pertama, kedua, keempat, kelima, ketujuh dan lapan adalah misfeasans dalam jawatan awam.
Dia juga memohon pengisytiharan bahawa defendan telah melanggar hak perlembagaannya untuk mendapat akses kepada pendidikan yang dijamin kepadanya di bawah Perkara 5 yang dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan, ganti rugi, kos dan apa-apa relif lanjutan dan lain-lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Saksi selanjutnya memberi keterangan bahawa selepas saman itu menjadi tular, dia telah menghadiri mesyuarat dengan Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Maimunah Suhaib.
Semasa mesyuarat itu, saksi berkata Maimunah telah menyemak Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan membuka buku itu.
“Maimunah berkata ‘Saya baru melihat RPH dan tahu ia baru disiapkan kerana kertas pada buku itu baru, kerana ia akan menjadi warna kuning jika ia laporan lama.
“Dia juga berkata dalam mesyuarat itu, terdapat maklumat yang tidak dilengkapkan dalam RPH,” kata saksi itu.
Saksi itu juga menyatakan bahawa semasa pertemuan itu, Maimunah telah memberitahu mereka bahawa jika begitulah keadaan itu, mereka akan ‘kalah’.
Perbicaraan akan diteruskan pada 30 Nov hingga 1 Dis tahun ini.
Peguam Shireen Sikayun mewakili Siti Nafirah manakala Peguam Kanan Persekutuan Jesseca Daimis dan Peguam Persekutuan Mohd Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir bertindak untuk defendan.