Sun, 3 Mar 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT


Ibu lima anak dirompak dan dirogol sebelum dibunuh
Published on: Wednesday, November 15, 2023
By: Azmie Lim
Text Size:

Ibu lima anak dirompak dan dirogol sebelum dibunuh
Mangsa ditemukan separuh bogel dengan kesan kecederaan di kepala dan leher.
LAHAD DATU: Mayat separuh bogel ibu lima anak ditemukan di kebun pisang di Kg Pisang, di sini, Selasa. 

Wanita berumur 36 tahun itu dipercayai telah dirompak, dirogol dan dibunuh.

Ketua Polis Daerah, ACP Dr Rohan Shah Ahmad berkata terdapat kesan kecederaan akibat hentakan benda tumpul pada kepala warga asing itu dan luka di lehernya ketika ditemukan pada 8.15 pagi.

Mangsa dipercayai keluar dari rumahnya pada jam 6.15 pagi untuk bekerja sebagai pembuat roti canai di sebuah restoran. 

Dia menggunakan jalan itu untuk pergi ke tempat kerjanya dan pulang.

“Majikan menghubungi keluarganya untuk bertanya keberadaan wanita itu dan diberitahu bahawa dia sudah keluar bekerja.

“Ahli keluarga kemudian keluar mencari wanita itu dan menemui mayatnya di kawasan semak kira-kira 600 meter dari rumahnya,” katanya sambil menambah suami wanita itu bekerja di Semenanjung Malaysia.

Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah pergi ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada jam 8.26 pagi.

Telefon pintar mangsa hilang dan tiada wang tunai ditemui di dalam beg tangan mangsa.

“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa turut dirogol berdasarkan kesan air mani di bahagian sulitnya.

“Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Lahad Datu untuk bedah siasat dan polis sedang mengesan suspek,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, ASP Khairuddin Husain di talian 013-9071709 atau balai polis berhampiran.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here