Sun, 19 May 2024

HEADLINES :


Sabah, Sarawak boleh terus guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi, kata Ewon
Published on: Monday, November 20, 2023
By: FMT
Text Size:

Sabah, Sarawak boleh terus guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi, kata Ewon
Ewon Benedick berkata penggunaan bahasa Inggeris tidak menjejaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
PETALING JAYA: Seorang menteri persekutuan mengumumkan persetujuan Putrajaya supaya penggunaan bahasa Inggeris kekal dibenarkan dalam urusan rasmi di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ewon Benedick berkata perkara itu dipersetujui Kabinet baru-baru ini, selaras perlembagaan negeri membenarkan penggunaan bahasa Inggeris termasuk dalam prosiding di mahkamah dan DUN.

Keputusan itu dibuat kurang sebulan selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya semua surat rasmi untuk urusan kerajaan termasuk dari pihak swasta wajib menggunakan bahasa Melayu, kecuali surat dari syarikat antarabangsa.

“Kabinet Persekutuan bersetuju bahasa Inggeris dibenarkan dalam urusan rasmi di Sabah dan Sarawak selaras perlembagaan kedua-dua negeri yang menerima penggunaan bahasa itu,” kata Ewon menurut Berita Harian selepas satu program di Penampang.

Menurutnya, penggunaan bahasa Inggeris tidak menjejaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sebaliknya menambahkan lagi keupayaan anak tempatan untuk menguasai bahasa antarabangsa.

Pengumuman Anwar berhubung perkara itu sebelum ini mendapat maklum balas daripada Kerajaan Sarawak yang menegaskannya akan terus menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi rasmi.

Setiausaha Kerajaan Sarawak Mohd Abu Bakar Marzuki berkata arahan supaya semua urusan rasmi mesti dalam bahasa Melayu tidak terpakai di negeri itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

Keywords:
ewon benedick





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here