Sun, 3 Mar 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT


Wanita perlu sedar hak: Berkahwin dengan warga asing pemilik PLKS
Published on: Monday, November 20, 2023
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

Wanita perlu sedar hak: Berkahwin dengan warga asing pemilik PLKS
Di bawah undang-undang Imigresen, beliau berkata warga asing yang datang ke Sabah dengan PLKS untuk bekerja tidak boleh berkahwin dengan wanita tempatan dan jika mereka melanggar peraturan, permit kerja mereka terbatal secara automatik. - FOTO FMT untuk ilustrasi sahaja.
Kota Kinabalu: Wanita tempatan di Sabah dinasihatkan supaya menyedari sepenuhnya hak dan implikasi undang-undang mereka apabila berkahwin dengan warga asing yang mempunyai permit kerja atau Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Ketika membuat gesaan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Undang-undang Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Senator Datuk Noraini Idris (gambar) berkata ramai wanita tempatan tidak tahu bahawa PLKS akan terbatal secara automatik di bawah undang-undang Imigresen apabila mereka berkahwin dengan pekerja asing di Sabah.

Di bawah undang-undang Imigresen, beliau berkata warga asing yang datang ke Sabah dengan PLKS untuk bekerja tidak boleh berkahwin dengan wanita tempatan dan jika mereka melanggar peraturan, permit kerja mereka terbatal secara automatik.

“Terdapat syarat dalam PLKS bahawa warga asing mesti patuhi jika mereka ingin berkahwin dengan wanita tempatan di mana warga asing perlu pulang ke negara asal mereka untuk mendapatkan dokumen yang sewajarnya untuk kembali ke Sabah dan berkahwin dengan wanita tempatan.





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here