Sun, 3 Mar 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT


3 sekeluarga cemas, kereta dipijak gajah
Published on: Monday, November 27, 2023
By: Bernama
Text Size:

3 sekeluarga cemas, kereta dipijak gajah
Keadaan kereta Perodua Axia yang rosak teruk selepas dipijak sekumpulan gajah liar di di KM55, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli sebelum Hentian Titiwangsa. (Gambar PDRM)
IPOH: Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dipijak sekumpulan gajah di KM55, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli sebelum Hentian Titiwangsa, lewat petang semalam.

Ketua Polis Gerik Zulkifli Mahmood berkata ketika kejadian kira-kira 7.35 malam itu, kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun dalam perjalanan dari arah Pulau Pinang menghala ke Jertih, Terengganu.

“Apabila sampai di lokasi yang berselekoh ke kiri, tiba-tiba pemandu tersebut ternampak sekumpulan enam ekor gajah berada di lorong menghala Jeli dan kemudiannya terlanggar seekor anak gajah.

“Selepas itu, kumpulan gajah berkenaan menghampiri lalu memijak kereta terbabit namun setelah anak gajah yang dilanggar bangun, kumpulan gajah beredar dalam keadaan hujan renyai-renyai dan berkabus,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata akibat kejadian itu, kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian sisi kiri, hadapan dan belakang manakala pemandu dan isterinya yang berusia 47 tahun dan anak mereka 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu melalui kawasan tersebut kerana kemungkinan bertemu kumpulan gajah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here