Sun, 25 Feb 2024

HEADLINES :




Kejohanan Orang Terkuat Lelaki dan Wanita Malaysia: Atlet Sabah raih tiga emas
Published on: Tuesday, November 28, 2023
By: GL Oh
Text Size:

Kejohanan Orang Terkuat Lelaki dan Wanita Malaysia: Atlet Sabah raih tiga emas
(DARI kiri) Desmond, Randy, Joyce dan Flavia.
Kota Kinabalu: Atlet orang kuat Sabah meraih tiga pingat emas pada Kejohanan Orang Terkuat Lelaki dan Wanita Malaysia yang berlangsung di Farm Fresh, UPM (Universiti Putra Malaysia) di Serdang, Selangor pada Ahad lalu.

Joyce Heng berjaya mempertahankan kejuaraan terbuka wanita dengan 63 mata selepas melengkapkan lapan rutinnya, jauh di hadapan pemenang tempat kedua Nur Aika Farina Harun dari Johor yang hanya berjaya mengumpul 45 mata dan atlet dari Brunei, Alinawati Hj Aliakbar (44) di tempat kedua.

Seorang lagi atlet wanita Sabah, Flavia Mannie Luntak mengumpul 30 mata daripada empat rutin untuk mengungguli kategori ‘strong fit’ wanita menewaskan Norisnawaty (29) dari Johor dengan satu mata dan di tempat ketiga ialah Nur Aika Farina (28).

Satu lagi pingat emas disampaikan oleh Desmond Chan Min Pin dalam kategori ‘strongman novice’. Dia mengumpul 86 mata daripada enam rutin untuk menewaskan Muhd Afif Abdul Syukur (82) di tempat kedua dan Baskaran Denmark dari Johor (81) di tempat ketiga.

Sabah terlepas satu lagi pingat dalam kategori terbuka lelaki apabila Randy James terpaksa menarik diri daripada dua rutin terakhir akibat kecederaan pada tapak tangannya selepas terjatuh semasa rutin keenam.

Dia merupakan antara tiga pencabar utama pada peringkat itu dan akhirnya menduduki tempat kelima dengan 42 mata.

Sementara itu, Joyce yang kali terakhir merangkul kejuaraan Malaysia pada 2019 dan tidak menyertai pertandingan dari 2020 hingga 2022 akibat pandemik, berkata sasaran seterusnya ialah pertandingan wanita terkuat Thailand yang akan diadakan di Pattaya, pada Februari tahun depan.

Gelaran terbuka yang dia menangi pada Ahad merupakan gelaran keempatnya tahun ini, selepas merangkul gelaran terkuat Kedah pada Mac diikuti gelaran terkuat Singapura pada Jun dan gelaran Strongmania yang diadakan di Jakarta, di Indonesia pada Ogos lalu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here