Sun, 25 Feb 2024

HEADLINES :




Judi: Empat didenda RM8,500
Published on: Tuesday, November 28, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Judi: Empat didenda RM8,500
Rafidah didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau didenda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Empat orang didenda sejumlah RM8,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin, kerana terlibat dalam sesi perjudian.

Rafidah Abd Rahman, 25, Alneyra Tony, 23, Wansoon Francis, 22, dan Salim Hassan, 63, yang hadir secara berasingan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie dan Lovely Natasha Charles, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu.

Rafidah diperintahkan membayar denda RM4,000 atau penjara tiga bulan kerana memiliki peralatan judi secara haram, termasuk empat keping loteri, telefon bimbit dan pencetak mudah alih pada 2 petang pada 29 Okt di pekan Donggongon, Penampang.

Dia mengaku kepada mahkamah yang dia melakukan kesalahan itu buat kali ketiga.

Rafidah didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau didenda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Alneyra, Wansoon dan Salim masing-masing didapati terlibat dalam sesi perjudian dalam talian secara terbuka.

Alneyra didenda RM2,000 atau penjara dua bulan kerana melakukan kesalahan itu di pekan Donggongon pada 25 Sept, Wansoon didenda RM1,500 atau dua bulan bagi kesalahan yang dilakukan pada 9 Okt lepas di Kg Tuavon, Penampang.

Salim didenda RM1,000 atau penjara dua bulan kerana melakukan kesalahan itu di pekan Putatan pada 19 Okt lepas.

Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa peralatan perjudian termasuk wang tunai RM390 dan RM50 masing-masing dirampas daripada Alneyra dan Wansoon.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 7(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Inspektor Stephanie S.K. dan Kelvan Elson Maik mendakwa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here