Sun, 3 Mar 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT


Lelaki buat laporan polis palsu didenda
Published on: Tuesday, November 28, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Lelaki buat laporan polis palsu didenda
Siasatan mendapati Sylvester membuat laporan palsu kerana mahu menyangkal tuduhan isterinya bahawa dia pergi berseronok dengan wanita lain sehingga begnya hilang, kata pihak pendakwaan.
Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret di sini pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara sebulan kepada seorang lelaki berusia 26 tahun kerana memberi kenyataan palsu kepada polis yang mendakwa dia dirompak.

Sylvester Sinson mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas tuduhan memberikan keterangan bertulis palsu itu kepada seorang pegawai polis pada 11.15 pagi 16 Okt tahun ini di pejabat pegawai penyiasat, Jabatan Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis Kota Kinabalu.

Mahkamah mendengar daripada pihak pendakwaan bahawa Sylvester mendakwa dia dirompak beg sandangnya yang mengandungi dokumen penting dan barang berharga oleh dua lelaki menaiki motosikal.

Bagaimanapun, apabila kenyataannya direkodkan kemudian, Sylvester mengaku membuat laporan polis palsu di mana rompakan itu tidak berlaku, tetapi sebaliknya begnya hilang ketika dia mabuk, kata mahkamah.

Siasatan mendapati Sylvester membuat laporan palsu kerana mahu menyangkal tuduhan isterinya bahawa dia pergi berseronok dengan wanita lain sehingga begnya hilang, kata pihak pendakwaan.

Sylvester memohon hukuman ringan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang pemandu peribadi diperintah membayar denda RM1,500 atau penjara tiga bulan kerana melakukan kesalahan serupa.

Mohd Azril Yahyulalam, 33, mengaku di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles yang dia memberi maklumat palsu secara lisan kepada ASP Andi Ma’mur Halwati pada 10.30 pagi, 16 Feb tahun ini di Pejabat Siasatan Jenayah, Balai Polis Penampang.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Suzie S.K dan Kelvan Elson Maik.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here