Tue, 27 Feb 2024

HEADLINES :




Dewan Undangan Negeri Sabah lulus lima RUU
Published on: Friday, December 01, 2023
Text Size:

Dewan Undangan Negeri Sabah lulus lima RUU
Hajiji (dua dari kiri) disambut oleh Jeffrey ketika tiba di DUN Sabah.
Kota Kinabalu: Lima Rang Undang-Undang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat  Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang Keenam Belas, pada Khamis.

RUU tersebut ialah RUU Perbekalan (2024) 2023, RUU Fatwa (Pindaan) 2023, RUU Mahkamah Syariah (Pindaan) 2023, RUU Yuran (Pindaan) 2023 dan RUU Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan) 2023.

RUU Perbekalan (2024) 2023 yang dibentang oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun diluluskan selepas bacaan kali pertama, kedua dan ketiga yang dikendalikan oleh Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya.

Manakala, RUU Fatwa (Pindaan) 2023 dan RUU Mahkamah Syariah (Pindaan) 2023 yang dibentang oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif diluluskan selepas bacaan ketiga melibatkan tiga pembahas iaitu Adun Bugaya, Jamil Datuk Hamzah, Adun Dilantik, Aliakbar Gulasan dan ADUN Kukusan, Rina Jainal.

Sesi tersebut dikendalikan Timbalan Speaker, Datuk Richard Yong Ke Wong. Selain itu, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir pula membentangkan RUU Yuran (Pindaan) 2023 yang dibahas oleh Adun Dilantik, Datuk Seri Yong Teck Lee sebelum diluluskan oleh Richard.

RUU berkaitan Pentadbiran Luar Bandar (Pindaan) 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim diluluskan selepas bacaan ketiga melibatkan lima pembahas iaitu Adun Sindumin, Datuk Yusof Yacob, Adun Usukan, Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Tun Said, Adun Tungku, Assaffal P. Alian, Adun Kapayan, Jannie Lasimbang dan Adun Bugaya, Jamil Datuk Hamzah.

Hari terakhir persidangan DUN Sabah turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here