Sun, 3 Mar 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT


RM304,000 insentif sukan diberi kepada 54 atlet negeri
Published on: Tuesday, December 05, 2023
By: GL Oh
Text Size:

RM304,000 insentif sukan diberi kepada 54 atlet negeri
HAJIJI (duduk tengah) dan yang lain bergambar bersama penerima selepas majlis tersebut.
Kota Kinabalu: Sejumlah RM304,000 sebagai insentif sukan diberikan kepada 54 atlet negeri yang memenangi pingat untuk negara dalam empat acara antarabangsa tahun ini semasa satu majlis pada Isnin.

Ia diadakan di Menara Kinabalu bagi meraikan pencapaian atlet-atlet itu pada Sukan SEA ke-32 (Kemboja 2023), Para Asean ke-12 (Kemboja 2023), Sukan Asia ke-19 (Hangzhou 2023) dan Para Asia ke-4 (Hangzhou 2023).

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor yang menyampaikan insentif itu berkata sebanyak RM91,500 dibayar kepada atlet yang berjaya di Sukan SEA Kemboja, RM126,000 untuk Sukan Para Asean Kemboja, RM46,500 untuk Sukan Asia dan RM40,000 untuk Sukan Para Asia.

“Pemberian insentif kemenangan itu adalah setimpal dengan kesungguhan dan dedikasi atlet-atlet negeri, di samping menarik minat dan penyertaan anak-anak muda dalam bidang sukan.

“Pemberian insentif ini juga diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat untuk mereka lebih berjaya pada masa hadapan, serta sejajar dengan usaha kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan untuk melahirkan atlet bertaraf dunia,” katanya.

Tambahnya, Kerajaan Negeri amat berbangga dengan pencapaian atlet-atlet tersebut yang berjaya mengharumkan nama negara dan negeri.

Menurut beliau, dalam belanjawan negeri 2024, kerajaan negeri memperuntukkan RM27.13 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi mengurus dan membangunkan industri sukan negeri tahun depan.

Sebanyak RM2.08 juta diperuntukkan untuk pembangunan sukan massa, RM20 juta untuk pengurusan dan pembangunan sukan berprestasi tinggi oleh Majlis Sukan Negeri Sabah dan RM5.05 juta untuk pemberian sukan.

Beliau juga berkata bagi memenuhi visi Sabah melahirkan atlet bertaraf dunia, kerajaan negeri akan terus menyokong Kementerian Belia dan Sukan dari segi kewangan bagi memastikan lebih banyak aktiviti sukan diadakan serta menyediakan prasarana dan teknologi sukan moden.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin, Pembantunya Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Mansur Asun, Pengarah Majlis Sukan Sabah, Asneh Mohd Noor dan pegawai atasan lain.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here