RATU Rock Ella, yang bakal mementaskan konsert solonya di Sabah pada 20 Januari depan, mendedahkan satu lagi sebab kenapa Negeri di Bawah Bayu cukup istimewa di hatinya.
Penyanyi yang dikenali dengan imej manja ini mendedahkan, perkenalannya dengan suami Azhar Husaini Ghazali sebenarnya bermula di Kota Kinabalu.
“Ella sebenarnya bercinta di KK (Kota Kinabalu) bah… Ramai orang yang tidak tahu sebenarnya Sabah tempat bermulanya bibit percintaan Ella dengan suami.
“Sebab itu, Ella rasa KK ini tempat yang ‘mahal’ dan cukup nostalgia.