Sun, 16 Feb 2025
Headlines:
Hak Sabah dalam Perlembagaan: ‘Sabah akan terus desak Persekutuan’
Published on: Wednesday, December 06, 2023
Published on: Wed, Dec 06, 2023
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Hak Sabah dalam Perlembagaan: ‘Sabah akan terus desak Persekutuan’
Menurut Abidin, antara strategi lain yang digunakan GRS di sini ialah membentuk pasukan petugas bagi membincangkan strategi tersebut dan turut melawat semua Pusat Daerah Mengundi di kawasan itu.
RANAU: Kerajaan Negeri akan terus mendesak Kerajaan Persekutuan mengotakan janjinya untuk Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, tegas Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.

Beliau yang juga Adun Paginatan berkata, ia penting kerana ia adalah hak setiap rakyat Sabah seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Advertisement
Justeru itu, katanya, berhubung isu tuntutan 40 peratus Sabah, “kita akan menganggap RM300 juta yang disebut sebagai bayaran interim, kerana kita mahu jumlah keseluruhan 40 peratus itu dibayar seperti yang termaktub dalam perlembagaan,” tegasnya.

Abidin berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra bersama Datuk Abidin Madingkir anjuran Jawatankuasa PGRS Bahagian Paginatan di Dewan Marakau baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
Beliau menyifatkan acara itu sangat penting dan inisiatif terbaik untuk kebaikan GRS secara keseluruhan.

“Pembentukan GRS adalah untuk menyatupadukan rakyat Sabah yang menganggotai banyak parti. Ini bagi menyatukan kuasa rakyat Sabah menuntut hak negeri seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Advertisement
“Acara ini adalah permulaan kepada lebih banyak pertemuan di masa hadapan. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada parti Star sebagai tonggak GRS di Paginatan

“Kita harus sentiasa ingat bahawa kerjasama dalam kalangan komponen GRS amat penting bagi memastikan kemenangan calon GRS di Paginatan pada Pilihan Raya Negeri akan datang,” katanya.

Advertisement
Menurut Abidin, antara strategi lain yang digunakan GRS di sini ialah membentuk pasukan petugas bagi membincangkan strategi tersebut dan turut melawat semua Pusat Daerah Mengundi di kawasan itu.

“Kita akan mengadakan Jelajah Parti Star di Ranau pada Januari 2024 dan akan melibatkan komponen GRS yang lain,” kata Abidin.

Sementara itu, Adun Dilantik, Datuk Amisah Yasin berkata majlis itu menjadi titik tolak kerjasama erat antara komponen parti dalam GRS khususnya di kawasan Paginatan.

“Dengan mengadakan pertemuan seperti ini, orang luar akan melihat GRS di Paginatan mempunyai perpaduan dan kebersamaan.

“Ketetapan GRS pusat setakat ini menyatakan bahawa penyandang akan kekal mewakili parti masing-masing pada pilihan raya akan datang, dan meminta pemimpin dan penyokong Parti Bintang di sini tidak mendengar khabar angin yang mengatakan sebaliknya.

“Kita mesti bekerjasama untuk memenangkan calon GRS. Wanita GRS di kawasan Ranau akan bergerak dan berusaha untuk memastikan kerajaan GRS Plus akan terus memerintah Sabah selepas PRN akan datang,” katanya.

Pengerusi Pengelola program, Jamian Abd Manan berkata, pertemuan itu bertujuan mengeratkan silaturahim antara komponen GRS Paginatan untuk bergerak bersama-sama menghadapi pilihan raya akan datang.

“PGRS Paginatan akan terus memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Datuk Abidin di Paginatan. Kami akan bersatu hati dan tenaga untuk menyokong sesiapa sahaja calon yang akan diketengahkan oleh GRS,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pegawai Khas kepada Datuk Abidin Madingkir Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal, Ketua Anak Negeri Sawalin Zakaria dan Kapulin Surup, Ketua Wiranita Star Paginatan Winek Yuni, Timbalan Ketua Wiramuda Hillary Salmoen dan lain-lain.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here