Wed, 18 Sep 2024

HEADLINES :



Atlet Sabah hargai insentif kerajaan negeri
Published on: Wednesday, December 06, 2023
By: Bernama
Text Size:

Atlet Sabah hargai insentif kerajaan negeri
ABD Halim menerima replika cek daripada Hajiji semasa majlis tersebut.
Kota Kinabalu: Atlet Sabah yang meraih pingat dalam empat temasya sukan bertaraf antarabangsa sepanjang tahun ini sekali gus mengharumkan nama negara dan negeri, menghargai insentif kemenangan diberikan kerajaan negeri.

Mereka turut menyifatkan insentif itu sebagai penguat semangat dan motivasi untuk terus menjalani latihan bagi meraih lebih banyak kejayaan pada masa depan. 

Perenang para negara, Abd Halim Mohammad, 26, berkata beliau tidak menyangka menerima insentif sebanyak RM32,500 daripada kerajaan Sabah atas pencapaian meraih lima pingat emas dan satu gangsa pada Sukan Para Asean ke-12 di Kemboja, Jun lepas.

“Saya menceburi sukan ini sejak berumur 13 tahun dengan dibantu jurulatih Eva Wong, selain Majlis Sukan Negeri serta Jabatan Belia dan Sukan Sabah sebagai pendorong utama.

“Sukan Para Asean di Kemboja adalah penyertaan kali kedua saya,” katanya ditemui pemberita pada majlis meraikan pencapaian atlet Sabah di Sukan SEA ke-32 dan Sukan Para Asean ke-12 di Kemboja, serta Sukan Asia ke-19 dan Sukan Para Asia ke-4 di Hangzhou.

Abd Halim merupakan antara 54 atlet Sabah menerima insentif kemenangan yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, di sini Isnin lalu, melibatkan peruntukan sebanyak RM304,000 meliputi RM91,500  kepada atlet yang merangkul pingat Sukan SEA ke-32, atlet Sukan Para Asean ke-12 (RM126,000), atlet Sukan Asia ke-19 (RM46,500) dan atlet Para Asia ke-4 (RM40,000 ).

Sementara itu, pesilat wanita negara, Nor Farah Mazlan turut menerima insentif RM10,000 hasil kejayaannya merangkul pingat emas pada Sukan SEA di Kemboja.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berterima kasih menerima insentif ini. Ini adalah Sukan SEA kedua saya dan pingat emas pertama,” katanya yang mewakili pasukan silat kebangsaan sejak 2018.

Atlet olahraga, Andre Anura Anuar yang merangkul pingat emas acara lompat kijang pada temasya sama pula berkata insentif yang diterima sebanyak RM10,000 memberi motivasi kepadanya untuk terus berusaha mengekalkan prestasi dalam acara tersebut.

Sementara itu, Hajiji dalam ucapan pada majlis itu berkata pemberian insentif kemenangan itu setimpal dengan kesungguhan dan dedikasi dipamerkan atlet Sabah, selain untuk menarik minat dan penyertaan anak muda Sabah dalam bidang sukan.

“Pemberian insentif ini juga diharap dapat menjadi inspirasi dan penguat semangat kepada mereka agar lebih berjaya di masa hadapan dan ia juga seiring dengan usaha kerajaan negeri untuk melahirkan atlet bertaraf dunia,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here