Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


Rasuah babit RM50,500: Bekas pegawai eksekutif diperintah bela diri
Published on: Thursday, December 07, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Rasuah babit RM50,500: Bekas pegawai eksekutif diperintah bela diri
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa menerima suapan RM2,000 pada 21 Nov dan RM2,000 lagi pada 2 Dis, 2017 daripada Zaiton untuk tujuan sama di tempat sama.
Kota Kinabalu: Seorang bekas pegawai eksekutif berusia 47 tahun diperintahkan membela diri atas 14 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM50,500 pada 2017 dan 2018.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga membuat perintah itu terhadap Awang Saifudin Jumat selepas memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Mahkamah menetapkan 24 dan 26 Jan tahun depan untuk pembelaan Awang.

Bagi pertuduhan pertama, Awang selaku Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan (MDP) didakwa menerima rasuah RM1,500 daripada Zaiton Abdul Hamid melalui akaun banknya sebagai dorongan untuk menyediakan kerja-kerja pembaikan, bekalan dan perkhidmatan di MDP kepada Zaiton dari 2016 hingga 2018.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 15 Nov, 2017 di Maybank Putatan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa menerima suapan RM2,000 pada 21 Nov dan RM2,000 lagi pada 2 Dis, 2017 daripada Zaiton untuk tujuan sama di tempat sama.

Bagi pertuduhan keempat hingga kesembilan, Awang didakwa menerima rasuah RM3,000 bagi setiap pertuduhan daripada Zaiton bagi tujuan sama antara 7 Jan dan 21 Feb, 2018, juga di Maybank Putatan.

Bagi pertuduhan ke-10, dia didakwa menerima RM2,500 daripada Zaiton bagi tujuan sama pada 26 Feb, 2018 di tempat sama.

Untuk pertuduhan ke-11, dia didakwa menerima rasuah RM7,500 daripada Zaiton bagi tujuan sama pada 1 Feb, 2018 di tempat sama.

Untuk pertuduhan ke-12 dan ke-13, Awang didakwa menerima suapan RM4,000 dan RM3,000 daripada Zaiton bagi tujuan sama pada 7 dan 9 Feb, 2018 di tempat sama.

Untuk pertuduhan ke-14 pula, dia didakwa menerima satu lagi suapan RM10,000 daripada Zaiton bagi tujuan sama pada 11 Feb, 2018 di tempat sama.

Kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Mahkamah memerintahkan supaya ikat jamin Awang dilanjutkan.

Pegawai Pendakwa SPRM Rekhraj Singh mengendalikan pendakwaan manakala peguam Zahir Shah mewakili Awang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here