KONSERT Search Rockin’ Borneo yang dijadualkan berlangsung esok (9 Disember) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Berita itu dimaklumkan oleh penganjur, Yolo Asia menerusi kenyataan dikeluarkan, Rabu.
Advertisement
.gif)
“Dukacita dimaklumkan kami menjadualkan semula Rockin’ Borneo di Kota Kinabalu pada 09.12.23 atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
“Keputusan ini dibuat atas kepentingan semua pihak yang terlibat. Semua pembeli tiket akan menerima bayaran balik. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami,” kata kenyataan itu yang dimuatnaik menerusi media sosial rasminya.
Sementara itu, RAB International berkata, mereka dengan berat hati terpaksa membuat keputusan itu atas pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan.
“Sejujurnya, kami faham perasaan peminat. Kami ingin memastikan peminat dapat menikmati konsert Search yang sebenar dan bukan sekadar menganjurkan konsert semata-mata.
Advertisement
.png)
“Search adalah sebuah band yang sangat teliti dari segi kualiti muzik dan bunyi mereka. Oleh itu, demi memberikan pengalaman konsert yang memuaskan kepada peminat Search, kami sedang berusaha untuk mendapatkan tarikh dan venue baharu agar peminat dapat merasai pengalaman konsert yang lebih berkualiti.
“Kami sekali lagi memohon maaf kepada peminat Search dan mengharapkan sokongan berterusan daripada mereka,” kata wakilnya ketika dihubungi Hiburan Ekspres.
Advertisement
_(1).png)
Selain Kota Kinabalu, menerusi Konsert Rockin’ Borneo, Search yang dianggotai pemain gitar adik-beradik terkenal Din dan Kid, Denden Gonjalez (vokal), Yan (bass), Firdaus (keyboard) dan Min (dram), juga akan menjelajah ke Kuching dan Miri.
Konsert Search Rockin’ Borneo dibawakan oleh Yolo Asia, RAB International dan DVA.