Tue, 27 Feb 2024

HEADLINES :




Penyertaan syarikat Sabah dalam O&G tidak memberangsangkan: Hajiji
Published on: Saturday, December 09, 2023
Text Size:

Penyertaan syarikat Sabah dalam O&G tidak memberangsangkan: Hajiji
Hajiji berbual dengan beberapa kakitangan ASB dalam lawatan itu.
LABUAN: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata penyertaan syarikat Sabah dalam industri minyak dan gas (O&G) masih tidak begitu memberangsangkan.

Justeru, beliau mahu pengurusan Asian Supply Base (ASB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri,  memaksimumkan penyertaan dalam industri O&G.

“Petronas telah menyatakan mahukan 30 peratus penyertaan daripada syarikat Sabah tetapi setakat ini penyertaan tidak begitu memberangsangkan.

“Kita mesti pastikan kita mencapai sasaran 30 peratus,” kata Hajiji dalam lawatan kerja sulungnya ke ASB di sini Jumaat.

Dengan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip) di tanah besar kini hampir penuh, ASB mesti memanfaatkan peluang dalam industri O&G.

“ASB di bawah Perbadanan Tenaga Sabah (SEC) adalah salah satu GLC utama Kerajaan Negeri. Adalah penting untuk ASB mempelbagaikan perniagaannya dalam industri minyak dan gas,” katanya selepas taklimat Pengerusi ASB Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Japar Esteban mengenai rancangan masa depan syarikat.

Antaranya ialah pembinaan kemudahan Penukaran Krew yang akan berfungsi sebagai pusat pemprosesan Kastam, Imigresen dan Keselamatan untuk pekerja yang masuk ke perairan Sabah dan cadangan pembesaran dermaga yang dianggarkan menelan belanja RM240 juta.

Turut hadir Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Tan Sri Anifah Aman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.  

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here