Kota Kinabalu: Sabah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada Sukan Sopma (Sukan Pekak Malaysia) ke-21 di Kuala Lumpur pada Khamis.
Mereka cemerlang merangkul 17 pingat emas, 15 perak dan tujuh gangsa untuk mendahului pungutan pingat, jauh mendahului Sarawak di tempat kedua yang hanya memperoleh enam emas, dua perak dan empat gangsa manakala di tempat ketiga ialah Pulau Pinang dengan empat emas, dua perak dan enam gangsa.
Advertisement
.gif)
Atlet balapan dan padang menghadiahkan pingat emas terbanyak dengan 14 daripada Ali Uwais (100m & 200m lelaki); Atasya Faqeha Juakim (200m wanita); Aidil A.Afiffat Juakim (1,400m-rekod baharu lelaki); Azlan Kuste (800m & 1,500m lelaki-rekod baharu); pasukan 4x100M lelaki (Ali Uwais, Aidil A.Afiffat, Jeff Claudio Pius, Daniel Allex); 4x400 lelaki-rekod baharu (Ali Uwais, Aidil A.Afiffat, Aidil A.Asyraff, Azlan Kuste); 4x400 wanita (Atasya Faqeha, Elsie Elissa, Nicolyeanna Peter, Pyster Yvone Rony); Elviensoon Tiono Tinus (lembing lelaki); Nicolyeanna Peter (cakera wanita); Elviensoon Tiono Tinus (lempar cakera & lontar peluru lelaki).
Boling tenpin memenangi tiga emas menerusi Nethaneal Segred Enson (semua acara lelaki & perseorangan lelaki) dan duo wanita (Rose Mourus ,Masrumi Juri), manakala beregu badminton wanita (Hairul Hakimi Mohd Jaeri dan Raisuden Kada) memenangi satu emas.
Kontinjen balapan dan padang sekali lagi menjadi penyumbang terbesar pingat perak dengan sembilan pingat.
Lima datang daripada Aidil A. Afiffat Juakim (100m, 200m, 400m, 800m, 1,500m lelaki) dan empat lagi daripada Atasya Faqeha (100m & lompat jauh wanita), pasukan 4 x100m wanita (Nicoyeanna Peter, Elsie Eliqssaeha Pyster Yvone), Jeson Noel (lompat pendek) dan Nicolyeanna Peter (lembing wanita).
Advertisement
.png)
Tenpin boling memenangi tiga lagi perak daripada Masrumi Juri B. Azhar (perseorangan wanita & semua acara wanita) dan trio wanita (Masrumi Juri/Rose Mourus/Irene L Gubud).
Dua lagi pingat perak dimenangi pasukan beregu campuran badminton (Kiat Kevin / Trisya Rafael) dan pasukan bola sepak lelaki (Zico Luck Elvister, Mohd Aidil Anuar, Sarezwan Roslan, Rabbino Lusius, Edward Liew Tze Kiong, Hassan Asai, Azmi Saip, Roynald Vienc Vincent, Dale Ladies, Dojnester Francis, Jack Rumayldo Yatin, Edelson Dell Evaristus, Nimrod Mi, Ahmad Azmil Mustamin, Mickson Mailu, Rin Onil Limidus, Zecklose Kensiong.
Advertisement
_(1).png)
Pemenang pingat gangsa ialah atlet balapan Pyster Yvonne Rony (400m & 800m wanita), tenpin boling Rose Mourus (perseorangan wanita), Sulaiman Abdul Rajak / Nethaneal Segred Enson (duo lelaki), Nethaneal Segred Enson/Nethanael Boidon Raja Bernardo), pemain badminton Trisya Rafael (perseorangan wanita) dan pasukan futsal wanita (Sharolyn Arabella Obil, Mary Pamela Sylvester, Jesnih Wilna Sani, Noratiqah Junain, Annzie Benedict, Scholastica Rofinus, Nur Hannah Aliyah Wong, Wendy Ryn Jeffrey, Slyvellorenna Jines ‘Asyiqin Neezam).
Kontinjen itu diwakili oleh skuad 62 anggota dan mereka bertanding dalam lima disiplin sepanjang pertandingan sembilan hari berkenaan.
Pada temasya yang berlangsung di Perak pada 2018 sebelum ini, mereka hanya menyertai tiga sukan tetapi berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang Wilayah Persekutuan dengan enam emas, tujuh perak dan lapan gangsa.