Wed, 9 Oct 2024
HEADLINES :


LSS Beaufort tingkat grid tenaga elektrik Sabah
Published on: Sunday, December 10, 2023
By: Bernama
Text Size:

LSS Beaufort tingkat grid tenaga elektrik Sabah
MOHD Yaakob (ketujuh, kiri) melaksanakan lawatan kerja pada Jumaat ke tapak LSS Beaufort, yang akan mula beroperasi 23 Dis ini. – Gambar SESB
Kota Kinabalu: Projek Solar Berskala Besar (LSS) milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Beaufort akan mula beroperasi pada 23 Dis ini dan bakal menyumbang tenaga boleh baharu (RE) ke grid bekalan elektrik Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Mohd Yaakob Jaafar berkata LSS itu dikendalikan oleh Beura Energy East Sdn Bhd akan beroperasi dengan kekuatan 16,992 panel solar dan mencapai Tarikh Awal Operasi (IOD) dengan penjanaan sebanyak 6 megawatt-crete (MWc).

“Langkah ini akan membantu meningkatkan margin simpanan grid tenaga (elektrik) Sabah dan usaha ini sejajar dengan agenda kerajaan memperkasakan penjanaan tenaga yang lebih mesra alam.

“Ketika ini, Sabah mempunyai margin simpanan tenaga yang rendah iaitu 121 peratus menyebabkan bekalan elektrik kurang stabil,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata loji LSS itu adalah antara 10 syarikat pembida di bawah skim LSS1 dan LSS2 yang dianugerahkan kontrak dan menandatangani Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) dengan SESB pada Ogos 2021.

Mohd Yaakob berkata kesemua syarikat yang dilantik sebagai pemaju LLS1 dan LLS2 juga akan mengoperasikan loji solar masing-masing bagi membantu menambah bekalan tenaga ke grid Sabah secara berperingkat hingga Jun 2024. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here