Tue, 27 Feb 2024

HEADLINES :




Lebih 600 sertai GFNY Kota Kinabalu 2023
Published on: Monday, December 11, 2023
By: GL Oh
Text Size:

Lebih 600 sertai GFNY Kota Kinabalu 2023
ELLRON (atas kedua dari kiri) bersama yang lain semasa pelepasan.
Kota Kinabalu: Seramai 658 peserta dari dalam dan luar negara mengambil bahagian dalam GFNY (Gran Fondo New York) Kota Kinabalu 2023 pada Ahad.

Acara berbasikal yang menampilkan dua kategori dengan jarak 82.5 kilometer dan 130.2 kilometer itu dilepaskan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin di Menara Tun Mustapha di Likas pada 6.15 pagi.

Para peserta, terdiri daripada penunggang basikal tempatan dan dari Semenanjung serta dari Indonesia, Singapura, Brunei, Amerika Syarikat, Jepun, Switzerland, Austria dan Jerman, perlu melalui beberapa daerah antaranya Putatan, Penampang, Inanam, Tuaran dan Tamparuli.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Datuk Manusr Asun, Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia Dato’ Dr Ammar Abd Ghapar dan pengerusi penganjur Syed Mohammed Feisal Dato’ Syed Hussain.

Kota Kinabalu sebelum ini dipilih sebagai lokasi kedua selepas Kuala Lumpur untuk mengadakan acara antarabangsa itu kerana lokasinya yang strategik di kepulauan Borneo dan sebagai salah satu destinasi pelancongan sukan utama di rantau ini.

Syed Mohammed Feisal yang juga pengarah urusan FR Exhibitions Sdn Bhd dan pemegang francais GFNY Malaysia telah menyatakan bahawa mereka berhasrat untuk meletakkan Sabah dalam Kalendar Siri Dunia GFNY dengan menjadikan Kota Kinabalu sebagai tuan rumah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here