Tue, 27 Feb 2024

HEADLINES :




Kota Kinabalu sedia pertahan kejuaraan Saga
Published on: Monday, December 11, 2023
By: GL Oh
Text Size:

Kota Kinabalu sedia pertahan kejuaraan Saga
ROBERT (hadapan bertopi merah) dan Sairullizam (bertopi biru) bersama pengurus pasukan semasa upacara penyerahan bendera.
Kota Kinabalu: Pasukan Kota Kinabalu bersedia mempertahankan kejuaraan keseluruhan pada Sukan Sabah (Saga) ke-10 yang dijadualkan bermula 16 Disember ini.

Kontinjen yang diketuai oleh Sairullizam Sukor dengan seramai 369 atlet itu akan bertanding dalam 22 sukan selama tujuh hari di beberapa venue di Kota Kinabalu, Ranau, Tuaran dan Keningau.

Chef De Mission Robert Lipon, yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata pasukan itu telah bersedia sepenuhnya dan yakin mereka bersedia untuk memberikan yang terbaik.

“Saga akan bermula secara rasmi minggu depan dan Mayor mahu kami mempertahankan kejuaraan kami.

“Saya gembira melihat semua pengurus pasukan telah bekerja keras untuk mempersiapkan pasukan mereka dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan mereka,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan semua pengurus pasukan diikuti upacara penyerahan bendera yang diadakan di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada Sabtu lalu.

Pada temasya terdahulu pada 2019 yang berlangsung di Keningau, kontinjen Kota Kinabalu meraih sejumlah 30 pingat emas, 26 perak dan 23 gangsa untuk menumbangkan juara bertahan Keningau.

Karate adalah penyumbang pingat emas terbesar dengan enam, trek dan padang dengan lima, badminton empat, memanah tiga, masing-masing dua daripada golf, pingpong, petanque, dan masing-masing satu daripada bola keranjang, muaythai, tenis, hoki, sepak takraw dan tinju.

Tahun ini, sejumlah 182 pingat emas, 182 perak dan 262 gangsa menjadi rebutan, dengan 103 acara dalam kategori lelaki, 75 dalam kategori wanita dan empat dalam kategori campuran.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here