Fri, 16 May 2025
Headlines:
GRS fokus ekonomi rakyat, bukan ‘tebuk atap’: Masidi
Published on: Monday, December 25, 2023
Published on: Mon, Dec 25, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
GRS fokus ekonomi rakyat, bukan ‘tebuk atap’: Masidi
GRS rasa selesa dengan kerajaan perpaduan kerana ia dihargai, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Masidi Manjun. (Gambar Bernama)
PENAMPANG: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) fokus kepada usaha memulih serta membangunkan ekonomi untuk rakyat dan bukan menggantikan kerajaan perpaduan melalui cara menukar sokongan atau ‘tebuk atap’, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Masidi Manjun.

Pendirian gabungan itu jelas menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan bagi memastikan pembangunan ekonomi diteruskan serta berjalan lancar.

Advertisement
Menteri kewangan Sabah itu berkata GRS juga menyokong kepimpinan Anwar untuk meneruskan tanggungjawab sebagai perdana menteri dan menerajui kerajaan sehingga penggal pentadbiran selesai.

“Tumpuan kita kepada pemulihan ekonomi kerana rakyat kita terjejas dengan ekonomi tidak menentu masa ini, jadi kita tumpu kepada bangunkan ekonomi kembali untuk rakyat kita dan tumpukan semua usaha kita ke arah ini.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
“Kita juga rasa selesa dengan kerajaan perpaduan ini kerana kita dihargai. Dalam sebuah kerajaan setiap ahli hendaklah dilihat penting jadi kita lihat dan rasa GRS ini komponen penting dalam kerajaan,” katanya kepada pemberita di rumah terbuka Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku.

Pada Sabtu lepas, Anwar dilaporkan menzahirkan keyakinannya bahawa percubaan menjatuhkan kerajaan menerusi usaha menukar sokongan atau ‘tebuk atap’ tidak akan berlaku berikutan sokongan padu yang diberikan Sarawak.

Advertisement
Beliau berkata dalam situasi politik semasa, pendirian Sarawak melalui Gabungan Parti Sarawak itu kritikal kerana hanya dengan kenyataan dan dukungan parti utama di Sarawak dan GRS di Sabah yang akan memungkinkan perubahan kerajaan.

Masidi berkata parti politik harus beri keutamaan kepada usaha membantu rakyat melalui pemulihan serta pembangunan ekonomi dan melupakan perkara remeh dalam politik.

Advertisement
Ditanya tentang kerjasama antara PBS dan STAR, beliau berkata dua parti komponen GRS itu memainkan peranan penting dalam usaha mengukuhkan GRS, selain langkah yang betul menyatukan rakyat di Sabah.

Selain PBS dan STAR, parti komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah, Parti Maju Sabah, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Parti Harapan Rakyat Sabah, dan Parti Liberal Demokratik.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here