Wed, 9 Oct 2024
HEADLINES :


TM, DBKK pangkas dahan pokok di Penampang, Luyang
Published on: Tuesday, January 23, 2024
By: Sidney Skinner
Text Size:

TM, DBKK pangkas dahan pokok di Penampang, Luyang
KAKITANGAN landskap menggunakan gergaji rantai untuk memangkas dahan pokok ini.
KAKITANGAN Telekom Malaysia (TM) Bhd diminta agar lebih proaktif apabila mengendalikan sebarang semak samun berhampiran tiangnya di sekitar Penampang untuk meminimumkan kemungkinan pepasangan ini, serta kabel yang disokongnya, daripada rosak disebabkan pokok atau dahan yang tumbang.

Kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), sebaliknya, akan cuba bekerja dengan lebih teliti apabila memangkas pokok di sepanjang jalan perumahan di sebuah kejiranan di Luyang.

Sebatang pokok di Kg Kibabaig tumbang ke atas kabel TM awal bulan ini, dengan wayar yang tergantung rendah menyukarkan pemandu untuk memasuki tanah perkuburan Sozian di kampung itu.

JURUTEKNIK TM sedang mengalihkan pokok tumbang di Kg Kibabaig.

Satu lagi pokok di Taman Milek Fasa 1 menyebabkan beberapa penduduk yang tinggal di kawasan perumahan itu bimbang khususnya ketika ribut atau angin kencang.

Mereka mendapati pokok di Lorong Gunung Ledang itu bergoyang dan bimbang berlaku kerosakan ke atas harta benda mereka jika dahan pokok berkenaan patah dan jatuh ke atas rumah atau kenderaan mereka.

Mereka turut mengeluh tentang gangguan dari daun-daun kering yang mengotorkan perkarangan rumah mereka dan menyebabkan parit tepi jalan tersumbat.

POKOK ini menghempap beberapa wayar TM di sepanjang jalan ke tanah perkuburan Sozian.

Pemandu di Penampang dan pembayar kadar di Luyang – yang bercakap mengenai masalah ini – memberikan Hotline butiran berkaitan, termasuk lokasi pokok masing-masing. Maklumat ini kemudian dikemukakan kepada TM dan DBKK.

Jurucakap TM berkata kakitangannya menentusahkan kabel syarikat itu dihempap oleh pokok tumbang, ketika mereka datang ke kampung terbabit pada Khamis.

“Nasib baiklah, kabel itu tidak terputus dua akibat insiden itu, jika tidak sudah pasti perkhidmatan TM pelanggan kami di sini sudah pasti terganggu,” katanya.

“Seksyen berkaitan telah dimaklumkan mengenai penemuan ini.”

SEBUAH sky-lift digunakan untuk memudahkan usaha mencantas pokok ini di Taman Milek.

Katanya, pasukan kedua kembali ke Kg Kibabaig pada Ahad dengan peralatan yang diperlukan untuk mengalihkan pokok itu dan memangkas pokok lain di sekitarnya.

“Juruteknik kami kemudiannya melaraskan wayar, dan tiang yang menyokongnya, kembali ke kedudukan asal.”

TM sudah imaklumkan mengenai masalah membabitkan pepasangan ini pada minggu kedua Januari.

Ketika ditanya kenapa firma itu mengambil masa hampir dua minggu untuk bertindak, jurucakap itu berkata kerja ini tidak boleh dijalankan lebih awal kerana perkara lain yang lebih mendesak turut berlaku.

“Jadual kami penuh untuk menangani kejadian kecurian kabel yang berlaku di pelbagai lokasi sekitar daerah ini.

“Kakitangan kami menggantikan kabel yang dicuri di satu tempat, namun mendapati, pada keesokkannya, bahawa bahagian lain pula hilang di tempat lain.”

Katanya, ia adalah satu tugas yang sukar untuk menangani kecurian ini.

Jurucakap itu berkata tiada jadual penyelenggaraan tetap untuk pepasangannya di daerah itu.

“Aset kami, termasuk tiang dan talian atas, diselenggara apabila perlu berbuat demikian.

“Sehubungan itu, kami berharap pelanggan kami akan memaklumkan kami secara terus tentang sebarang kerosakan membabitkan pepasangan ini supaya tindakan boleh diambil untuk menanganinya secepat mungkin.”

Sementara itu, Unit Pemangkasan Pokok DBKK telah memangkas dahan-dahan pokok yang tumbuh di satu bahagian bahu jalan di Lorong Gunung Ledang.

Jurucakap Jabatan Landskap agensi itu berkata tujuh kakitangan Unit itu menjalankan operasi “memangkas dahan pokok” baru-baru ini, berikutan pemeriksaan awal yang dijalankan tidak lama selepas ia menyedari mengenai pokok terbiar itu.

“Kami menghantar jentera kami untuk memudahkan usaha ini,” katanya.

“Salah seorang kakitangan kami memangkas pokok itu gergaji rantai di dalam sky-lift yang boleh mencapai ketinggian kira-kira 12 meter.”

Disebabkan ketinggian pokok dan kehadiran talian atas yang menceroboh laluan dahan, pekerja Landskap mengambil masa dua hari untuk menyiapkan kerja itu, menurutnya.

Jurucakap itu berkata ini adalah kali kedua dalam tempoh empat bulan agensi terbabit menyelenggara pokok itu.

“Semakan rekod kami menunjukkan bahawa Unit sebelum ini memangkas dahan pokok itu pada 20 Oktober.”

Jurucakap TM berkata tiada wayar telekomunikasinya berada dalam jarak dekat dengan pokok itu.

Sementara itu, jurucakap Sabah Electricity Sdn Bhd, mengesahkan bahawa beberapa dahan memasuki memasuki ruang udara di sekitar “Ariel Bundle Cables” syarikat itu.

“Kabel itu agak selamat kerana ia terlindung,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here