Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


DBKK baiki lampu jalan di Kolombong, Kingfisher
Published on: Friday, January 26, 2024
By: Sidney Skinner
Text Size:

DBKK baiki lampu jalan di Kolombong, Kingfisher
SEBUAH jentera ‘skymaster’ dikerahkan untuk membantu usaha menggantikan lantera di sepanjang Lorong Kingfisher 2.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan meningkatkan pengawasannya ke atas jalan menuju ke beberapa pusat komersial di Kolombong, serta kawasan sekitar kejiranan di Inanam, untuk memastikannya diterangi sebaiknya pada waktu malam.

Ini berikutan maklum balas berasingan daripada seorang pemandu yang pejabatnya berpangkalan di Kawasan Perindustrian Kolombong-BDC, dan seorang lagi yang tinggal di Taman Kingfisher, mengenai lampu jalan tidak berfungsi di kawasan mereka, dengan sebahagiannya sudah rosak sejak berbulan-bulan.

Pemandu pertama berkata jalan di Kolombong turut menyediakan akses ke Kompleks Komersial BSA dan Sedco Light Industrial Estate.

Mereka memberikan Hotline lokasi bahagian terjejas. Maklumat ini kemudiannya dikemukakan kepada agensi ini.

KAKITANGAN kontraktor memasang salah satu glob dan lantera baharu di taman permainan di Taman Kingfisher Fasa 5.

Jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK berkata kontraktor, yang ditugaskan untuk menyelenggara lampu awamnya, datang ke Jalan Mangga dan beberapa “lorong” di Taman Kingfisher, sejurus menyedari masalah ini.

Katanya, mekanisme di dalam panel kawalan untuk lampu-lampu di sepanjang Jalan Mangga didapati terpelantik.

“Pekerja kontraktor itu menetapkan semula sistem dan menggantikan ‘son tube 150watt’, ‘balast 150watt’ dan dua set pencucuh,” katanya.

MEKANISME di dalam panel kawalan untuk lampu di taman permainan ini ditetapkan semula.

Dalam kes di Taman Kingfisher, mereka mendapati beberapa lampu di sekitar taman permainan di Fasa 5 dan satu, dekat Lorong 22, tidak menyala, menurutnya.

“Komponen yang rosak digantikan dan glob 16 inci dan lantera 70watt baharu dipasang di taman permainan ini. Ini dilakukan untuk lapan lampu di sini.”

“Juruteknik turut menggantikan lantera di luar pintu pagar hadapan sebuah rumah di Lorong 22.”

SEORANG juruteknik menaiki skymaster untuk membaiki lampu ini di Jalan Mangga. 

Dia berkata kontraktor menguji lampu di kawasan perumahan itu dan di Kolombong pada waktu siang, dan juga malam, dengan jentera ‘skymaster’ digunakan untuk memudahkan pemeriksaan ini.

“Kakitangannya memantau semua jalan di kawasan ini, beberapa kali, selama seminggu, sebelum menentusahkan tiada apa-apa yang tidak kena dengan kemudahan ini.

“Bagaimanapun, kami telah memintanya agar membuat pemeriksaan berkala bagi memastikan kawasan ini diterangi dengan secukupnya.”

CHENG, yang tinggal di Taman Kingfisher, berkata kegelapan di jalan perumahannya menyebabkan dia tidak senang hati ketika memandu pulang pada waktu malam.

Dia mendapati banyak lampu jalan nampaknya hanya kadang-kadang berfungsi.

“Salah seorang jiran saya menyuarakan mengenai masalah pencahayaan ini kepada DBKK pada satu peringkat, dan lampu menyala semula tidak lama selepas itu,” katanya.

Dalam masa kurang dari seminggu, bagaimanapun, kemudahan ini tidak lagi berfungsi, menurutnya.

Cheng berkata rakannya sudah baik bosan kerana sentiasa perlu memaklumkan agensi terbabit mengenai kerosakan berkenaan.

“Banyak lampu di sekitar taman permainan juga rosak.”

“Saya secara peribadi memaklumkannya kepada DBKK tentang situasi ini pada awal November tetapi dua bulan kemudian lampu terjejas masih belum dipulihkan.”

Dia difahamkan dua peringatan telah dihantar kepada kontraktor apabila dia membuat susulan terhadap aduannya sebelum ini.

Cheng tidak faham bagaimana agensi itu boleh menutup mata terhadap kerosakan lampu jalan di sana.

“Terdapat beberapa kes pecah masuk di kawasan kejiranan,” katanya.

“Saya bimbang pihak tidak bertanggungjawab mungkin mengambil kesempatan daripada kekurangan pencahayaan sepanjang jalan ini untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.”

Dia berkata, sebuah rumah dipecah masuk awal bulan lalu dengan pencuri berjaya melarikan wang tunai RM40,000, jam tangan Rolex, rantai emas dan dua peranti mudah alih yang mahal.

SHAROM dari Penampang, sementara itu, mengeluh tentang bahaya memandu pulang dari tempat kerjanya di Kolombong pada waktu malam.

“Sukar untuk mengagak sebarang pergerakan mengejut daripada pemandu yang datang dari arah bertentangan, apatah lagi pejalan kaki yang mungkin melintas jalan, apabila banyak lampu jalan tidak berfungsi,” katanya.

“Tahap penglihatan pemandu yang menggunakan Jalan Mangga semakin terjejas ketika hujan lebat.

“Saya bimbang ada orang yang terlanggar, atau kemalangan teruk mungkin berlaku, jika pihak berkuasa tempatan tidak campur tangan.”

Sharom berkata keselamatan pengguna jalan raya, termasuk penunggang motosikal seperti dirinya, hanya akan terjejas ekoran selekoh jalan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here